Pelaburan

Beli Rumah Lelong: Cash atau Hutang?

Beli Rumah Lelong: Cash atau Hutang?

rumahkabin black

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Pelaburan Rumah Lelong: Adakah Ia Sesuai Untuk Anda?

“wah…banyaknya untung!!! Macam ni aku pun nak beli rumah lelong juga..”
“nanti bro, jangan main hembus je…kenalah tahu apa risiko sebelum, semasa dan selepas membeli sesebuah rumah yang lelong ni…kena juga tahu serba sedikit bro..padah nanti kalau tersilap langkah.”

“oh..ye tak yelah..ok ok”

Beli Rumah Lelong

 

TUNAIKAH? HUTANGKAH?

“hmmm.. nak guna tunai atau pembiayaan? Sayang pulak nak guna savings ni, tapi kalau buat pembiayaan..boleh ke lepas lagi loan aku ni?”

Langkah pertama yang anda perlu anda fikirkan. Tunaikah atau pembiayaan.  Seperti dialog di atas ada segelintir dari kita amat menitik berat penggunaan wang simpanan untuk membuat pelaburan. Pertama, wang simpanan itu dikumpul dalam tempoh yang terlalu lama hingga anda merasa takut jika berlaku risiko yang tidak dijangka dan anda akan kehilangan segala wang simpanan dari penat lelah anda.

Bukan anda sahaja, malah saya juga kadang kala berfikiran begitu.  Namun setiap perkara yang kita lakukan mempunyai nilai risiko yang tersendiri.  Walaupun risiko ini wujud, ianya dapat dielakkan dengan menilai kembali risiko ini dan cara cara yang dapat mengurangkan kerosakan akibat risiko yang menimpa dan mungkin dapat mencegah daripada ianya berlaku.

Seumpama seorang anak kecil yang baru belajar untuk menunggang basikal.  Tentu saja pelbagai risiko harus ditempuh dan yang paling gusar dan biimbang sudah tentulah hati kedua orang tuanya.  Tapi apakah pula, langkah langkah pencegahan yang diambil oleh ibu bapanya untuk memastikan anaknya dapat mempelajari menunggang basikal dengan selamat? 

See also  Suka Masuk Hatyai, Jangan Lupa Semak Status Halal Makanan Sebelum Beli

Sudah tentulah seperti pemasangan roda tambahan, ada yang menggunakan topi keledar keselamatan, pad perlindungan lutut dan sikut, baju dan seluar yang sesuai serta bermacam lagi.  Begitulah juga bila kita memikirkan untuk menggunakan wang simpanan dalam membuat pelaburan. Apakah bentuk risiko yang kita akan dapati, lalui, perolehi dan cara untuk mengatasi dan mengurangi risiko tersebut.

 

Pembiayaan rumah? Untung atau beban?

Pembiayaan. Ya tidak semua orang suka menambah pembiayaan atau bahasa kasarnya “membela hutang”.  Namun, ini adalah jenis hutang yang berbeza.  Ini adalah hutang yang mana akhirnya akan memberi nilai berkali ganda kepada anda jika pasaran harga rumah itu meningkat di penghujung tahun. 

Jika anda memutuskan untuk membuat pembiayaan bagi tujuan beli rumah lelong, saya menasihatkan anda untuk menyemak dahulu tahap kekuatan dokumen kewangan anda.  Anda juga harus mempunyai a ‘good pay master’ record. Tidak tersangkut dengan mana mana institusi kewangan yang menyenarai hitamkan anda.  Nilai tercatat di penyata gaji haruslah sama dengan nilai yang dikreditkan ke dalam akaun. Anda juga harus mencongak tentang berapakah bayaran ansuran bulanan anda.

Tidak kiralah anda menggunakan pembiayaan atau tunai dalam membeli rumah lelong, apa yang harus anda tahu adalah risiko dan tempoh masa untuk menyelesaikan pembelian.  Ramai yang tersilap langkah bila hanya terus membida dan membeli tanpa bertanya kepada mereka yang pakar. Dan akhirnya mereka terjerat dalam masalah yang mereka ciptakan. Jika anda membuat pembiayaan sekalipun, pembiayaan anda sudah semestinya di bawah pada harga pasaran hartanah tersebut.  Jadi ini memberikan anda keuntungan jika anda membuat penjualan balik di masa hadapan.

 

Macam mana nak untung dengan pembiayaan rumah?

Namun jika anda membuat pelaburan seperti sublet atau menyewakannya terus kepada orang ketiga. Anda boleh lihat bagaimana perbezaan kedua cara ini mempengaruhi kewangan anda.

See also  City are going to win the Premier League again, says Guardiola

Beli Rumah Lelong

Sewa (jika menggunakan kemudahan pembiayaan bank).

Ansuran bulanan pembiayaan bank – RM400

Harga sewaan semasa mengikut kawasan – RM550

Keuntungan setiap bulan – (RM550-RM400= RM150)

Ini adalah contoh pembelian melalui pembiayaan bank dimana anda mendapat keuntungan RM150.00. Jika untuk 12 bulan anda akan mendapat RM1800

Belian Tunai

Ansuran bulanan pembiayaan bank – (tiada)

Harga sewaan semasa mengikut kawasan – RM550

Keuntungan kasar setiap bulan – (RM550-0= RM550)

Ini adalah contoh pembelian melalui tunai dan membuat pelaburan dari segi penyewaan dimana anda mendapat bayaran penuh dari penyewa. Bayangkan untuk setahun?

RM 550 x 12 bulan = RM6,600.00.

RM 6,000 vs RM 1,800, yang manakah anda rasa membawa kepada keuntungan? Kedua –duanya membawa keuntungan bagi anda.  Samaada anda menggunakan wang tunai untuk pembidaan dan pembelian ataupun menggunakan fasiliti pembiayaan bank. Ini kerana anda harus ingat bahawa nilai hartanah akan meningkat dari masa ke semasa.  Lebih bagus sesuatu lokasi pada hartanah tersebut lebih tinggi nilai pasarannya pada masa akan datang.

Bersambung di Senarai Rumah Lelong: Kat Mana Boleh Jumpa?

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link