Pelaburan

Pelaburan Rumah Lelong: Adakah Ia Sesuai Untuk Anda?

Pelaburan Rumah Lelong: Adakah Ia Sesuai Untuk Anda?

rumahkabin black

Bila sebut tentang rumah lelong apakah lelong yang pernah kita tonton di dalam filem Tiga Abdul oleh Allahyarham P Ramlee? “hah!! Lelong lelong… badan tegap, sihat kuat!!” antara dialog ketika pelelong cuba melelong kekanda Abdul Wahub di pasar terbuka.  Ya anda semua, inilah lelong yang dimaksudkan tetapi bukanlah manusia yang menjadi barang dagangannya.  Walaupun Jamal Pak Tongko pernah berkata “meniaga orang lagi untung dari meniaga unta! Wow!!!”.

Setiap dari kita memiliki impian untuk memiliki rumah idaman masing masing.  Ada yang ingin memiliki rumah seperti rumah pangsa, kondominium, teres, semi d, banglo dan pelbagai lagi untuk tujuan duduk sendiri atau pelaburan. Anda boleh memiliki rumah idaman sama ada membeli rumah baru dari pemaju, rumah subsale dari pemilik yang sedia ada atau memulakan pelaburan rumah lelong dengan membeli hartanah dari acara jualan lelong hartanah.

Namun segala impian ini mempunyai satu batasan yang dipanggil sebagai realiti.  Apakah yang dimaksudkan dengan batasan realiti ini.  Ketika kita mengimpikan impian setinggi langit, ingatlah tentang realiti sepasang kaki yang masih berpijak di bumi.  Faktor kewangan adalah satu realiti yang boleh membataskan keinginan kita untuk memiliki sesebuah rumah idaman.

See also  Siap-Siap Untuk Raya! Hero & Dewi Serikan Wajah Bersama BEAUTÉ LIBRARY

Apa yang akan saya ceritakan ini hanyalah secara santai dan sedikit tips untuk anda memahami serba sedikit tentang permainan dan rentak untuk memiliki sebuah kediaman dari jualan lelongan.  Anda sudah bersedia? Jika ya, kita fokus, ambil sedikit nota, catat maklumat dan bersama kita membuat silang rujuk bersama sama.

pelaburan rumah lelong

LELONGAN HARTANAH 

“Bro, aku dengar bank tu buat lelong rumah lah…”
“Ye ke bro? Tapi berbaloi ke kalau kita buat pelaburan rumah lelong ni bro..rumah baru dan second kan ada..tak ke rugi kalau beli?”
“tulah kau, kang aku kata katak bawah tempurung ko marah…cubalah cari pengetahuan sikit tentang tu…kau cakap macam tu, kau faham ke pasal nilai sesebuah rumah lelong?”
“errrr tak bro… aku pun dengar dengar cakap orang”
“hmmmm..dah agak dah”

Pernahkah anda terdengar dialog seperti di atas.  Kebanyakan dari kita memandang pelaburan rumah lelong ini adalah sesuatu yang tergolong dalam ‘kelas ketiga’.  Senang kata, umpama yag terakhir yang akan dipandang. Mengapa? Sebab kerana ada perkataan ‘LELONG’ di situkah? Adakah bila anda terdengar perkataan LELONG tersebut anda terus membayangkan sebuah rumah kediaman yang hampir usang, rosak teruk, hilang semua tingkapnya, tertanggal daun pintunya, tercabut pintu pagarnya, hilang dindingnya atau hanya bertiang dan berbumbung sahaja?

Apakah yang dimaksudkan dengan lelong? Lelong adalah proses membeli dan menjual barang atau perkhidmatan dengan menawarkan barang dan perkhidmatan ini untuk dibida, mengambil bida, dan kemudian menjual barang kepada pembida tertinggi.

pelaburan rumah lelong

Sebagai contoh sesebuah bank membuat lelongan awam untuk sebuah hartanah kediaman seperti berikut:

  1. Sebuah rumah teres 1 tingkat berkeluasan 22 x 70 kaki persegi.
  2. Harga ketika rumah ini dijual pada 7 tahun lepas adalah pada harga RM158k
  3. Harga lelongan rumah ini pada tahun 2017 adalah bermula pada harga rizab hartanah ini iaitu pada harga RM130k
  4. Nilai pasaran semasa bagi rumah ini pada 2017 adalah pada harga RM240k
  5. Pembida berjaya membida rumah ini pada harga RM190k
  6. Berapakah keuntungan yang diperolehi pembida secara kasar dengan pelaburan rumah lelong ini berdasarkan harga pasaran semasa kediaman ini?
  7. RM240k – RM190k = RM50k
See also  Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tramping Ke Pulau Jeju, 'Hangus' RM4k Untuk 3 Minggu

Ini adalah nilai kasar keuntungan yang telah dimiliki oleh pembida yang membida rumah ini. Secara kasarnya, anda telah pun membeli sebuah hartanah kediaman pada harga yang jauh lebih murah dari harga yang ditawarkan mengikut pasaran semasa.  Bayangkan jika anda menjual kembali rumah tersebut pada harga yang ditawarkan, bukankah besar nilai keuntungan yang telah anda miliki? Namun, cara untuk mendapatkan keuntungan bukan sahaja melalui penjualan semula aset anda.  Anda juga boleh membuat pelaburan untuk sublet bagi menjana pendapatan sampingan bulanan yang lumayan. Sekurangnya anda harus jelas dengan tujuan anda untuk membeli sesebuah rumah kediaman yang dikategorikan sebagai rumah lelong.  Apakah tujuan anda itu merupakan satu tujuan pelaburan? Simpanan? Aset? Atau sekadar minat anda untuk memasuki pasaran rumah lelong? Fokus pada tujuan anda, dan kini anda boleh memikirkan langkah dan perancangan yang seterusnya.

Bersambung di Beli Rumah Lelong: Cash atau Hutang?…..

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link