Kebelakangan ini, kita dapat melihat bahawa banyak jenama paparan gaming popular sudah mula memperkenalkan paparan yang hadir dengan saiz sebuah televisyen. Predator, jenama gaming dibawah Acer juga baru sahaja memperkenalkan penawaran paparan gaming gergasi mereka sendiri yang dinamakan Predator X45.
Predator X45 ini menggunakan panel OLED bersaiz 45 inci yang bersaiz ultra-lebar dan hadir dengan resolusi 3440×1440 pixel dan juga kadar segar semula 240Hz. Satu lagi tambahan kepada Predator X45 ini ialah ia menggunakan panel melengkung dengan lengkungan 800R dan boleh memperlihatkan 98.5 peratus gamut warna DCI-P3.
Paparan ini juga dilihat sangat sesuai untuk bukan sahaja permainan komputer tetapi juga untuk tontonan filem dan siri televisyen kerana ia mempunyai nilai kecerahan setinggi 1000 nit dan menyokong teknologi HDR10. Ia juga mempunyai nilai UGR<22 yang bermakna bahawa paparan ini akan hadir dengan isu silau walaupun diletakkan di lokasi dengan sumber cahaya terbuka.
Dari segi palam, Predator X45 hadir dengan sokongan palam HDMI 2.0 dan DisplayPort 1.4 yang cukup sesuai untuk kegunaan komputer berkuasa, khususnya jika komputer anda hadir dengan kad-kad grafik dengan sokongan teknologi grafik AMD FreeSync Premium ataupun NVIDIA G-SYNC.
Paparan skrin gaming Predator X45 ini akan mula dijual pada tarikh yang akan diumumkan sekitar penghujung suku pertama dan suku kedua tahun ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link