Hartanah

Selangor peruntuk RM4 juta perkasa OKU

Selangor peruntuk RM4 juta perkasa OKU

rumahkabin black

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YaNIS) memperuntukkan kos RM4 juta bagi memperluaskan inisiatif, program dan aktiviti bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, yayasan baharu itu berfungsi memperkasakan lagi golongan berkenaan di setiap peringkat sekali gus memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Kata beliau, kerajaan negeri tidak sekadar menumpu kepada aspek kebajikan seperti pemberian bantuan kewangan ‘one-off’ (sekali beri) semata-semata .

“Kita turut komited menekankan aspek pemberdayaan dan pengupayaan OKU secara lebih serius serta holistik.

“Usaha seumpama itu selaras dengan visi Selangor sebagai negeri mesra OKU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Amirudin, orang ramai turut disaran tampil bekerjasama merealisasikan matlamat itu bagi mewujudkan sebuah negeri yang aman dan harmoni.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 tahun lalu, YaNIS ditubuhkan khusus di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) bagi membantu warga OKU di negeri ini.

Inisiatif itu memfokuskan keutamaan kepada golongan itu termasuk penetapan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menambah baik kemudahan asas mesra OKU sedia ada. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Dulunya terpaksa tinggal dalam kereta, Ariff Peter syukur hutang RM1.2 juta selesai