Pelaburan

Review Hartanah: Cemara Apartment Bdr Sri Permaisuri

Review Hartanah: Cemara Apartment Bdr Sri Permaisuri

rumahkabin black

Cemara Apartment adalah sebuah apartment yang terletak di tengah pusat bisnes Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Dari apartment ini, anda boleh berjalan kaki ke kedai-kedai, pasaraya, bank serta pengangkutan awam yang  tersedia. Disebabkan itu, apartment ini menjadi salah satu hartanah pilihan bagi pelabur hartanah.

Maklumat Hartanah

  • Nama: Cemara Apartment
  • Alamat: Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
  • Jenis: Apartment
  • Pegangan Hartanah: Hakmilik Sementara (Leasehold)
  • Saiz Apartment: 730 – 790 kaki persegi
  • Caj Penyelenggaraan: RM75 – RM90

 

Susun Atur Apartment

Cemara apartment mempunyai 4 jenis susun atur unit dengan saiz yang berbeza iaitu;

  • A (730 kaki persegi)
  • B (732 kaki persegi)
  • C (750 kaki persegi)
  • D (790 kaki persegi)

Walaupun saiznya berbeza, bilangan bilik tidur dan bilik air adalah sama bagi semua jenis susun atur iaitu 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Fasiliti

  • Sekuriti 24 jam beserta dengan kad akses
  • CCTV 24 jam
  • Lot parking dengan kad akses
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Trek Joging
  • Gelanggang badminton & futsal

 

Analisa Cemara Apartment

Harga Jualan (2018 – 2019)

  • RM 280,000 – RM 330,000 (RM 377 kaki persegi – RM 451 kaki persegi)

CEMARA 24 Jan 2020 002

Harga Median Jualan (2018 – 2019)

  • RM 285,000 (RM 389 Kaki Persegi)

Kadar Kenaikan Harga Hartanah Dari Tahun 2001 – 2019 (%)

  • Pada tahun 2001, terdapat 2 transaksi penjualan apartment ini pada harga RM 99,900 dan RM 91,140. Harga median pada ketika ini adalah RM 95,520.
See also  Review Hartanah: Pangsapuri Sri Penara

CEMARA 21 Jan 2020 005

  • Pada tahun 2019, harga median jualan apartment ini adalah RM 285,000.

cemara pricing increase

Graf Harga Jualan Cemara Apartment (2001 – 2019)

  • Berdasarkan graf di atas, harga apartment ini telah naik pada kadar 6.26% setahun dari tahun 2001 hingga 2019.

Kadar Sewa Hartanah

  • Bermula dari RM 450 untuk sewaan bilik sehingga RM 1400 untuk sewaan satu apartment.

 

Pengangkutan Awam Sekitar Cemara Apartment

Terdapat dua pengangkutan awam yang boleh diakses dari apartment ini iaitu Bas Feeder MRT T401 dan juga Stesen LRT Salak Selatan. Anda boleh semak laluan Bas Feeder MRT T401 di sini; https://mrt.com.my/feeder_bus/t401.htm.

mrt feeder bus

Jarak dari apartment ini ke LRT Salak Selatan lebih kurang 350 meter atau lebih kurang 5 minit waktu berjalan kaki.

Cemara to LRT

 

Aksesibiliti Sekitar Cemara Apartment

Apartment ini boleh diakses dari tiga lebuhraya utama iaitu;

  • MRR2
  • Lebuhraya Persekutuan
  • LDP
  • KESAS

Kemudahan Sekitar Cemara Apartment

Anda boleh berjalan kaki dari apartment ini ke bank terdekat iaitu Maybank. Selain itu, pasaraya Hero, kedai serbaneka MR DIY serta kedai dobi layan diri dobiQueen juga terletak dalam blok yang sama dengan Maybank. Rujuk gambar di bawah.

Cemara to Maybank

Bagi mereka yang berkeluarga, ada tiga sekolah yang berdekatan iaitu SK Seri Tasik (700 meter), SMK Seri Tasik (750 meter), SRJK Tai Thung (1.0 kilometer) and SMK Sri Mulia (2.1 kilometer).

 

Rumusan

Cemara Apartment adalah pilihan terbaik bagi pelabur hartanah atau bagi mereka yang ingin beli hartanah berdekatan dengan Stesen LRT. Selain itu, kemudahan yang tersedia memudahkan aktiviti harian anda. Permintaan sewa di apartment juga tinggi kerana apartment ini berada di lokasi yang telah matang.

Gambar Apartment

Review Hartanah: Cemara Apartment Bdr Sri Permaisuri

cemaraapt 7

cemaraapt 6

cemaraapt 5

cemaraapt 4

cemaraapt 3

cemaraapt 2

cemaraapt 1

rumahkabin black

See also  "Memang Saya Tidak Hamil, Belum Lagi,"- Uyaina 'Janji' Akan Kongsi Bila Ada Berita Gembira
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link