Pelaburan

Info Tentang Tenancy Agreement Yang Wajib Anda Tahu!

Info Tentang Tenancy Agreement Yang Wajib Anda Tahu!

rumahkabin black

Apakah itu Tenancy Agreement?

tenancy agreement

Tenancy agreement atau perjanjian rumah sewa adalah sebuah kontrak sewaan bertulis yang dipersetujui dan ditandatangani oleh tuan rumah dan penyewa rumah. Kontrak ini adalah kontrak wajib semasa proses penyewaan kerana ianya melindungi hak-hak penyewa dan tuan rumah sepanjang tempoh penyewaan.

Apabila kontrak ini ditulis, isi kandungannya wajib difahami 100% oleh penyewa dan tuan rumah. Hal ini untuk mengelakkan sebarang isu berbangkit pada masa akan datang. Kebiasannya, perjanjian ini disediakan oleh peguam berdaftar atau pun ejen hartanah sekiranya tuan rumah menggunakan khidmat ejen hartanah.

Apabila penyewa telah meletakkan booking fee untuk menyewa rumah, tuan rumah akan melantik peguam berdaftar atau ejen hartanah untuk menyediakan draf kontrak sewaan. Draf kontrak sewaan ini akan dibaca oleh tuan rumah dan penyewa dan sekiranya ada sebarang perubahan kontrak, ianya akan dibuat sebelum kontrak ini ditandatangani.

Kandungan Penting Dalam Tenancy Agreement

Kebiasaannya, dalam sesebuah tenancy agreement, terdapat beberapa perkara wajib yang perlu dinyatakan seperti;

  • Jumlah deposit
  • Jumlah sewa bulanan
  • Maklumat penyewa & tuan rumah
  • Alamat premis yang disewa
  • No. Akaun bank tuan rumah
  • Undang-undang sewaan rumah
  • Tarikh bayaran sewa setiap bulan
  • Tempoh kontrak sewaan
  • Tanggungjawab & liabiliti tuan rumah & penyewa
  • Senarai inventori rumah sebelum disewakan kepada penyewa
  • Proses pemulangan deposit setelah selesai kontrak sewaan
  • Syarat-syarat yang menyebabkan terbatalnya kontrak sewaan

Apabila kontrak tenancy agreement ini telah dipersetujui dan ditandatangani, kontrak ini akan dibawa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) untuk dimatikan setem.

See also  Aisyah Hijanah dipuji bijak, harta sepencarian dipindah 100%

Kadar Mati Setem

lembagahasildalamnegeri 1024x604 1

Secara asasnya, untuk kontrak sewaan setahun dan ke bawah, kadar mati setem adalah sebanyak RM 1 bagi setiap RM 250 bagi sewa tahunan melebihi RM 2,400.

Untuk kontrak sewaan melebihi 1 tahun dan tidak kurang 2 tahun, kadar mati setem adalah sebanyak RM 2 bagi setiap RM 250 bagi sewaan tahunan melebihi RM 2,400.

Untuk mati setem salinan kedua dan selebihnya akan dikenakan caj sebanyak RM 10 setiap salinan.

Sebagai contoh, Aidil menyewakan rumah beliau pada kadar RM 1500 untuk kontrak sewaan 1 tahun. Beliau membawa 1 kontrak sewaan utama dan 2 kontrak sewaaan salinan ke LHDN untuk dimatikan setem.

Pengiraan kadar mati setem untuk tenancy agreement rumah sewa Aidil adalah;

  • Jumlah sewaan setahun
    • RM 1500 x 12 bulan (1 tahun) = RM 18,000
  • Sewaan Setahun Ditolak RM 2400
    • RM 18,000 – RM 2,400 = RM 15,600
  • Kadar mati setem
    • RM 15,600/250 X RM 1 = RM 62.40
  • Caj untuk 2 salinan kontrak sewaan
    • RM 10 x 2 kontrak = RM 20
  • Jumlah yang perlu dibayar ke LHDN
    • RM 62.40 + RM 20 = RM 82.40

Apabila kontrak tenancy agreement ini telah dimatikan setem, kontrak ini dianggap sah di sisi undang-undang. Berikut adalah gambar kontrak yang telah dimatikan setem;

tenancy agreement

 

Kelebihan Tenancy Agreement untuk Tuan Rumah

Kontrak tenancy agreement yang telah dimatikan setem boleh dijadikan bukti pendapatan tambahan kepada bank apabila tuan rumah ingin membeli hartanah pelaburan lain. Kontrak ini perlu disertakan sekali dengan resit bayaran sewa serta bukti pembayaran sewa dari penyewa.

Bonus untuk Anda!

Dapatkan draf kontrak tenancy agreement percuma dari saya! Klik butang di bawah untuk muat turun.

download tenancy agreement

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

See also  Didakwa kedai Nasi Arab kosong tanpa pelanggan, Chef Ammar sindir netizen

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link