Apakah Itu Refinance Rumah?
Refinance rumah adalah satu kaedah di mana anda meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang lama rumah anda dengan terma dan syarat perjanjian yang baru. Jumlah pembiayaan yang baru adalah lebih tinggi berbanding baki hutang yang lama dan oleh itu, anda mendapat sedikit pulangan tunai dari kaedah ini.
Macam Mana Refinancing Boleh Terjadi Dalam Dunia Hartanah?
Refinance rumah terjadi apabila terjadi peningkatan harga pasaran hartanah (market value). Sebagai contoh, anda membeli sebuah hartanah berharga RM 200,000 dengan kadar faedah sebanyak 4.5% setahun untuk tempoh 30 tahun pada bulan January tahun 2010.
Pada bulan January tahun 2017, harga pasaran hartanah (market value) anda telah naik sehingga RM 350,000. Pada waktu ini, baki hutang hartanah anda adalah sebanyak RM 156,323. (rujuk gambar di bawah).
Pada waktu ini, sekiranya anda menjual hartanah anda, anda akan keuntungan sebanyak RM 350,000 – RM 156,323 = RM 193,677 dan anda akan kehilangan hartanah anda.
Ini amat sukar sekiranya anda sendiri yang tinggal di hartanah tersebut. Namun, sekiranya anda refinance rumah anda, anda dapat pulangan wang dan masih mempunyai pemilikan atas hartanah tersebut. Keuntungan yang bakal anda peroleh adalah sebanyak;
Baki hutang hartanah: RM 156,323
Pembiayaan hartanah terbaru: RM 350,000
Margin of Financing: 90%
Jumlah bayaran pembiayaan: RM 350,000 x 90% = RM 315,000
Pulangan wang: RM 315,000 – RM 156,323 = RM 158,677
Kenapa Refinance Rumah Anda?
Kurangkan Kadar Faedah Ke Atas Pembiayaan Hartanah Sedia Ada
Kadar faedah dapat dikurangkan sekiranya anda beralih dari pembiayaan dengan kadar faedah tetap kepada kadar faedah tidak tetap. Selain itu, kadar faedah juga boleh dikurangkan sekiranya pihak bank menawarkan promosi pembiayaan dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar faedah pinajaman anda sekarang.
Sebagai contoh, katakan anda membuat pembiayaan hartanah sebanyak RM 250,000 dengan kadar tetap 8% setahun untuk tempoh 30 tahun. Ansuran bulanan yang perlu di bayar adalah sebanyak RM 1651 (rujuk gambar di bawah).
Sekiranya anda refinance rumah anda kepada kadar faedah tidak tetap sebanyak 4.5% setahun, ansuran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak RM 1140 (rujuk gambar di bawah).
Secara kesimpulan, anda telah jimat sebanyak RM 1651 – RM 1140 = RM 511 sebulan apabila membuat refinancing pembiayaan hartanah anda.
Refinance Rumah Dapat Memanjang Atau Memendekkan Tempoh Pembiayaan Anda.
Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan setiap bulan, membuat refinancing untuk memanjangkan tempoh pembiayaan anda adalah jalan yang terbaik. Hal ini kerana ansuran bulanan anda menjadi lebih kecil dan anda mempunyai lebihan wang pada hujung bulan.
Namun, sekiranya anda seseorang yang mempunyai kewangan yang stabil dan ingin melangsaikan hutang pembiayaan hartanah anda dengan lebih cepat, anda boleh memendekkan tempoh pembiayaan anda. Kekurangan apabila anda memendekkan tempoh pembiayaan anda ialah ansuran bulanan anda akan bertambah namun anda membayar jumlah faedah yang kurang kepada bank.
Satukan Kesemua Hutang Yang Ada
Sekiranya anda terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi disebabkan oleh ansuran hutang sedia ada seperti ansuran pembiayaan peribadi, ansuran kereta, ansuran kad kredit, satukan semua hutang dalam hutang pembiayaan hartanah adalah jalan terbaik untuk anda. Hal ini kerana pembiayaan hartanah adalah pembiayaan yang mempunyai kadar faedah terendah dan tempoh pembayaran yang lama. Oleh itu, bayaran ansuran bulanan anda menjadi lebih rendah. Saya akan kupaskan mengenai kaedah ini dalam artikel akan datang.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link