Pelaburan

15 rumah di Taman Bukit Permai, Ampang diisytihar tidak selamat diduduki

15 rumah di Taman Bukit Permai, Ampang diisytihar tidak selamat diduduki

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang, dekat sini yang terjejas akibat insiden tanah runtuh, Mac tahun lepas diisytihar tidak selamat untuk diduduki.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata walaupun kerja-kerja penyelenggaraan dan penstabilan cerun sudah dijalankan, namun kawasan sekitar didapati masih tidak selamat untuk diduduki, selain rumah terlibat mengalami keretakan dan terletak terlalu hampir dengan tebing.

“Hasil laporan teknikal yang diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), dimaklumkan bahawa 15 rumah berkenaan tidak selamat dan kita akan mengeluarkan notis pengosongan dalam masa terdekat.

“Perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Exco Negeri pada Rabu ini bagi membincangkan tindakan susulan serta bantuan bagi mengurangkan beban penghuni yang terjejas,” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh itu di sini, hari ini.

Izham berkata kerja-kerja menstabilkan cerun membabitkan kos RM15 juta itu sudah siap 80 peratus sejak dijalankan Mei tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya Mac ini.

“Kerja-kerja menstabilkan itu turut membabitkan pembinaan parit horizontal’ (mendatar) dan parit ‘vertical’ (menegak) dan kerja-kerja menstabilkan sedang giat dijalankan di bahagian kiri dan kanan cerun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata fenomena hujan secara berterusan sebelum kejadian menyebabkan air bertakung dalam kuantiti besar yang menjadi punca berlaku tanah runtuh di lokasi terbabit.

“Ini adalah kawasan tambakan yang dibina pada tahun 80-an dengan sistem saliran tidak dibina dengan baik sehingga air bertakung. Terdapat enam runtuhan tanah yang berlaku di kawasan ini dengan kali terakhir direkodkan Disember tahun lepas, namun ia hanya membabitkan runtuhan kecil,” katanya.

Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, pada kira-kira 6 petang pada Mac tahun lepas telah meragut empat nyawa dan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.- BERNAMA

See also  Are female-led films judged more harshly by audiences?

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link