Hartanah

Program jualan terus dari ladang akan diperbanyak – Ahmad Zahid

Program jualan terus dari ladang akan diperbanyak – Ahmad Zahid

rumahkabin black

PUTRAJAYA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memperbanyakan jualan terus dari ladang membabitkan penyertaan 1,793 premis jualan di seluruh negara.

Itu antara lapan syor yang dikemukakan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang berlangsung hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dijangkakan sebanyak 10,000 kali jualan akan dilaksanakan menerusi premis jualan FAMA itu malah harga yang ditawarkan juga dijangka lebih rendah daripada harga pasaran.

“Syor lain termasuk meneruskan dasar kawalan harga dan subsidi ayam sementara satu dasar berkaitan mekanisme bersasar dimuktamadkan serta meneliti mekanisme harga dua peringkat bagi 1.6 peratus minyak sawit mentah kemasan botol dan 8.4 peratus keluaran kemasan berpaket.

“Mesyuarat juga mahu isu kos sara hidup ditangani menggunakan polisi dan perundangan persaingan sekali gus melindungi kepentingan pengguna dari ancaman kartel dan monopoli,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, syor lain termasuk menaik taraf FAMA sebagai Agensi Keterjaminan dan Sekuriti Makanan dengan objektif memastikan pengeluaran dan pengedaran makanan utama dibuat secara konsisten, cekap dan cukup.

Katanya, penyelarasan rentas negeri juga akan dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi supaya mekanisme pelaksanaan harga dua peringkat tidak memberi impak besar kepada industri dan pengguna.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Ops ATM (ayam, telur dan minyak masak) dan Ops Anti Sorok yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 814,718 premis menerusi 31,009 penyamaran. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin

See also  Demi Keluang Man, Nas-T dah 10 bulan tak makan nasi -"Akan berterusan sampai filem selesai tayang"
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link