Hartanah

Jawatan Presiden UMNO sebaiknya menang tanpa bertanding, Tok Mat sedia dicabar

Jawatan Presiden UMNO sebaiknya menang tanpa bertanding, Tok Mat sedia dicabar

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa jawatan presiden dan lain-lain adalah lebih baik menang tanpa bertanding di kala parti itu telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, sekiranya jawatan-jawatan itu dipertandingkan, maka sedikit sebanyak akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan ahli UMNO.

“Kalau boleh dalam keadaan kita (UMNO) dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding.

“Jika bertanding, sedikit sebanyak berlaku perpecahan. Jadi kita tak tahulah. Terpulanglah pada kita dan diri sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad menjelaskan UMNO adalah sebuah parti yang masih mengamalkan demokrasi dan bukan seperti dulu di mana terdapat kuota bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Sekarang ni senang sahaja sebenarnya. Ada seorang penyokong dan pencadang (dah boleh bertanding). Jadi, terpulanglah, tepuk dada tanya selera, ” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan timbalan presiden, Mohamad menegaskan bahawa beliau sedia untuk mempertahankannya.

“Saya tidak ada isu. Saya terbuka siapa nak bertanding lawan timbalan presiden dan sedia mempertahankannya,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei ini.

Jelasnya, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas PRU15. – KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat

See also  Sedia bekerjasama, Michael Ang tak boikot Ruhainies
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link