Pelaburan

KJ sempitkan tafsiran ‘ready to fight’

KJ sempitkan tafsiran ‘ready to fight’

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menyempitkan pandangannya berhubung respon ‘ready to fight’ oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Khairy telah menyalahtafsirkan perkara tersebut dengan menganggap Ahmad Zahid sedia bertembung dengan beliau untuk jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

“Pada saya ready to fight (sedia untuk berlawan) itu bermakna untuk melawan musuh dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) akan datang. Yang kita ni hanya bising bersuara semasa PRU dan semasa pemilihan parti tetapi, setelah tu kita senyap tidak membantu parti.

“…dia (Khairy) juga telah berpeluang bertanding dalam jawatan presiden pada pemilihan yang lepas, tapi lepas tu dia hilang senyap. Dia bersuara balik bila dia menjadi calon Sungai Buloh.

“Jadi ready to fight ini dalam pelbagai keadaan. Saya sukar mendengar suara beliau kritik pihak lawan, dia lebih kuat didengari mengkritik parti sendiri bukan dalam pilihan raya pun dia mengkriktik parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)di sini, hari ini.

Semalam, Khairy menerusi rakaman video dalam Insta Story miliknya dipetik berkata, Ahmad Zahid menyebut sedia untuk berlawan dalam pemilihan parti bagi jawatan presiden pada pemilihan UMNO

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Rembau menyifatkan Ahmad Zahid bersedia untuk berdepan dengan sebarang cabaran dalam pemilihan tersebut.

Dalam pada itu Mohd Puad berkata, beliau tidak bersifat apolegetik dalam perkara tersebut jika perwakilan mahu diada pertandingan bagi jawatan utama dalam parti itu.

See also  PA ‘ready to unify’ Palestinian leadership after Gaza war

Bagaimanapun, kerisauan hanyalah jika diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat ia akan menyebabkan ahli-ahli UMNO kehilangan fokus.

“Kita tak mahu ahli tidak dapat melakukan keseimbangan ketika nak berlawan musuh dalam PRN sama juga untuk jawatan.

“Saya harap Perhimpunan Agung UMNO ini akan membuat keputusan…besok sebenarnya apa pendirian ahli, perwakilan tentang pemilihan parti ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Ready to fight, kata Zahid kepada KJ

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link