Pelaburan

Kahwin Isteri Usia Muda, DDNK Rasa Lebih Muda, Rajin Pergi Masjid, Kerap Pergi Kuliah Agama

Kahwin Isteri Usia Muda, DDNK Rasa Lebih Muda, Rajin Pergi Masjid, Kerap Pergi Kuliah Agama

rumahkabin black

Bagi pakar pelaburan saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, pada September tahun lalu, dia mengakui berasa lebih muda.

“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap,” jelas lelaki yang berusia 48 tahun ini.

Mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.

“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.

“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja,” ujarnya.

Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.

See also  Namakan calon ganti Sanusi, penganalisis tegur PH-BN

“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Dek kerana kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini, isterinya yang berusia 26 tahun itu juga turut terkena tempias.

“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan,”jelasnya.

Jelas beliau lagi, apabila menyebut tentang cinta dan sayang, ia adalah perkara yang tidak boleh ditahan. Apabila sudah sayang, seseorang itu tidak boleh menipu perasaan.

Apabila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.

“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.

“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik. Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro dan Instagram Datuk Dr Mohd Nazri Khan 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena

See also  Buat Sendiri Prosperity Burger Ala McMing. Resepi Mudah & Rasa Sedap!
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link