Pelaburan

Hidup Bermadu Tak Seindah Dibayangkan, Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kedua

Hidup Bermadu Tak Seindah Dibayangkan, Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kedua

rumahkabin black

Realiti hidup bermadu dan menjadi isteri kedua tidaklah seindah yang dibayangkan. Adat berkongsi kasih tentulah ada masanya si suami perlu ada bersama madu (isteri pertama).

Jika tidak sanggup berkongsi kasih, elaklah untuk bermadu. Jika benar-benar sudah bersedia untuk berkongsi kasih, anda perlu bersedia bahawa ada ketikanya anda perlu melakukan sesuatu perkara bersendirian tanpa kehadiran suami di sisi.

Umum mengetahui bahawa Shikin Maembong yang merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong bergelar isteri kedua. Shikin mendedahkan realiti sebenar sepanjang dirinya bergelar isteri kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shikin mendedahkan bahawa kehidupan bermadu tidak seindah seperti yang dikatakan orang ramai. Jelasnya lagi berkongsi suami bukan satu kelebihan buat dirinya.

Sape suruh? Kan da kene tinggal,” tulisnya diruangan kapsyen.

@shikin_maembong Sape suruh? Kan da kene tinggal 🥹 #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree ♬ suara asli – hierapsz.

Shikin juga mengakui bahawa hampir semua perkara terpaksa dilakukan sendiri tanpa suami di sisi termasuklah menunaikan solat tanpa imam.

“Siapa suruh jadi isteri nombor dua? Kan dah kena merayap pusat beli belah seorang diri. Sambut hari lahir pun sambut sendiri di rumah. Tiada hadiah, tiada apa-apa.”

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.

See also  Jaga penampilan, Che Ta tak bagi anak-anak pakai selipar

Pada masa sama juga Shikin turut memberitahu bahawa masanya juga banyak dihabiskan bersama dengan anak dan juga pembantu rumah saja sebagai peneman ke mana-mana.

Kebanyakan percutian keluarga juga hanya ditemani oleh adik-beradik kerana suami jarang pulang ke rumah walaupun madunya tiada masalah berkongsi kasih dengan dirinya.

Jika tidak sihat pun dia terpaksa memandu kereta sendiri pergi hospital. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah suami tak balik rumah.

Untuk info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Bagaimanapun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016. Shikin kemudian berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.

Perkongsian Shikin mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya di ruangan komen.

*Semoga dikurniakan seorang imam yang terbaik satu hari nanti dan dikurniakan hidup yang tenang untuk sis dan keluarga… Orang hebat mmg selalu diuji.

*Daripada jadi no 2 baik hidup single sis, tenang bahagia tanpa masalah org lain terbeban di kepala

*Allahu🥺🥺🥺 bertabahlah adikku.. semoga ada sirna dan pelangi yg indah menanti hidup mu di hadapan..jaga solat sentiasa zikrullah. Sis doakan mu dik.

*Be strong sis. alhamdulillah sekarang dh single semula kan? baik single dari bersuami tapi tak adil..mmg seksa mental ….

*I pun single mother sis.. semoga kita kuat yer sis.

*oohh ingat shikin dgn suami lg tak tau dah cerai.. takpe single is tenang.

Sumber: TikTok Shikin Maembong Kredit foto (top image): Instagram Shikin_Maembong 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena

See also  Gementar Nak Urus Tiga Anak, Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan, Uruskan Anak-Anak Sendiri!
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link