Hartanah

Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan

Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan

rumahkabin black

It is official!

Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Syafiq Kyle & Mimi Lana telah menjalin tali pertunangan.

Ini susulan foto cincin disarungkan yang dimuat naik oleh Mimi Lana pada Sabtu, 21 Januari sebagai simbolik kepada fasa bahagia seterusnya buat mereka berdua.

Tanpa mendedahkan sama ada sebuah majlis khas telah dilangsungkan pada hari ini, siapakah tetamu yang hadir ataupun ia sekadar disaksikan oleh mereka berdua dengan kenalan rapat sahaja, Mimi selesa untuk mengungkapkan momen indah itu dengan lima patah kata sahaja pada ruangan kapsyen.

“One step closer insyaallah, Alhamdulillah.”

Hantaran di Instagram itu terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti yang sentiasa mendoakan mereka berdua.

“SETTLE.” – Naim Daniel

“Beyond happy. May Allah SWT ease everything for you both.” – Fazura

“Congrats Mimi.” – Sherry Alhadad

“Congratsssss.” – Scha Alyahya

“Alhamdulillah. Congratulations Mimi.” – Che Puan Syamim Farid

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana Muat Naik Gambar Mesra Bersama Syafiq Kyle, Rakan Selebriti Tumpang Gembira – REMAJA

Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa PertunanganTahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan
FOTO: Instagram @syafiqkylez
Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa PertunanganTahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan
FOTO: Instagram @syafiqkylez
Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa PertunanganTahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan
Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah bergelar kekasih sejak tahun 2016, namun hanya mendedahkannya pada tahun 2019 kepada umum. FOTO: Instagram @missmimilana

Terdahulu sewaktu ditemui, Syafiq yang juga merupakan naib juara pencarian Hero Remaja 2011/12 tidak lagi berahsia sewaktu bertemu dengan rakan pemberita.

Bintang drama bersiri One Cent Thief itu meluahkan persediaannya untuk membawa hubungan dengan Mimi Lana ke fasa yang lebih serius pada tahun 2023.

“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga.

“Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya sewaktu ditemui.

Congratulations lovebirds!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

See also  "Tak Mahu Anak Lalui Fasa Buruk" Nabil Ahmad Seronok Tengok Anak Pakai Tudung!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link