Pelaburan

Petua Mak Nak Hilangkan ‘Strech Marks’ Guna Pes Halia, Perut Pun Tak Gelebeh!

Petua Mak Nak Hilangkan ‘Strech Marks’ Guna Pes Halia, Perut Pun Tak Gelebeh!

rumahkabin black

Walaupun kesannya berselindung di sebalik pakaian. Tapi, bagi empunya diri tentu rasa segan dan rimas serta tak tahu nak hilangkan strech marks. Bimbang ia boleh jadi tanda kekal pula kat bahagian perut atau paha.

Biasanya, strech mark pula kelihatan bila mak-mak mengandung dan ada yang mula kelihatan selepas bersalin atau berat badan turun. Belum lagi dengan perut menggelebeh , dah tentu nak rawat pun ambil masa lama juga.

Kalau ikut petua dulu-dulu, ada cara nak hilangkan strech marks yang wujud kat badan mak-mak. Tak perlulah nak buat rawatan yang membazirkan duit. Petua mak-mak pun sangat berkesan. Kenalah cuba dan jangan culas.

Perkongsian daripada Mastura Rashid yang menggunakan petua mak untuk hilangkan strech mark.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa SEMINGGU, Guna Bahan Homemade, Amalkan Setiap Malam

3 Bahan DIY Skrub Wajah, Berkesan Hilangkan Parut Jerawat, Jeragat & Sel Kulit Mati

Hilangkan Strech Marks Dengan Pes Halia

Kalau ikutkan petua yang pernah kakak ipar kongsi, waktu pantang tu lumurkan jus limau nipis yang dicampur kapur barus keping ke perut.

Bahan dan caranya:

1 sudu kecil serbuk kapur barus
2 biji limau nipis (ambil jusn)

Gaulkan, masuk dalam tin susu, campur air hingga 3/4 tin, panaskan hingga mendidih. Sejukkan dan lumur ke perut. Kemudian barut perut sekemasnya.
Memang perut akan jadi licin dan bebas stretch marks.

Fiona tak berpeluang buat petua ni lepas lahirkan Bilal 7 tahun lalu, sebab bersalin secara pembedahan.

Luka pembedahan pun pernah pecah hingga membuak darah, kalau cuba petua ni mau terbakar luka perut.

Tapi ada lagi petua lain kalau nak cuba, boleh cuba buat petua ini.

See also  Netizen tersenyum gembira lihat adik Bella semakin ceria

Bahan:

Halia
Cuka makan

Caranya:

Tumbuk lumat dua ketul halia bersaiz 1 inci setiap satu, dan kemudian campurkan dengan 2 sudu cuka makan.

Gaul ramuan sampai sebati hingga jadi pes pekat. Kemudian sapukan ke perut dan pinggang. Pakailah bengkung macam biasa untuk maintain ramuan tu sentiasa panas.

Ini antara petua orang tua untuk elakkan pecah-pecah pada kulit perut. Perut pun tak gelebeh dan lembik tau.

Oh ya, balm yang fiona pegang ni stretch marks balm.

Petua Mak Nak Hilangkan ‘Strech Marks’ Guna Pes Halia, Perut Pun Tak Gelebeh!Petua Mak Nak Hilangkan ‘Strech Marks’ Guna Pes Halia, Perut Pun Tak Gelebeh!

Fiona hasilkan dari minyak avokado tulen dan shea butter. Kedua-kedua bahan memang sangat baik untuk baiki semula kulit yang pecah akibat stretch marks bersalin.

Alhamdulillah berkesan sangat untuk stretch marks.

Tapi sorry, sebab fiona buat untuk pakai sendiri saja.

Kalau untuk selulit pula, amalkan dry brush badan setiap hari sebelum mandi.

Mingguan Wanita : Petua orang dulu memang padu dan boleh digunapakai sampai sekarang. Ada hasilnya.

Sumber: Mastura Rashid

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link