Hartanah

Cara Mudah Memancing Ikan Tilan

Cara Mudah Memancing Ikan Tilan

rumahkabin black

tilankail8

 

Memancing ikan tilan tidak memerlukan skill hebat seperti memancing ikan lain. Bagaimana pun selalunya pemancing tidak dapat pastikan lubuk ikan tilan secara khusus sebaliknya hanya ‘nasib’ yang menentukan mereka dapat ikan tilan ketika memancing.

 

Memancing ikan tilan ini tidaklah sesukar mana tidak seperti memancing ikan lampan jawa atau ikan haruan. Memadai mata kail saiz no 10 atau 11, batu ladung saiz 2 atau 3 dan tali tangsi utama 15lb. Batu ladung diikat pada tali utama dan disambungkan ke perambut sepanjang 2 – 2.5 kaki.

 

Cara Mudah Memancing Ikan TilanCara Mudah Memancing Ikan Tilan

 

Lazimnya jenis umpan yang didakwa paling efektif untuk memancing ikan tilan adalah cacing tanah. Cacing tanah merupakan sejenis umpan global di dalam arena memancing dalam air tawar sesuai juga untuk memancing ikan lain dan udang galah.

 

Sebaiknya dibiarkan arus air tersebut akan menghanyutkan umpan dan batu ladung tersebut sehingga kedasar atau sehingga ke tebing. Kecekapan seseorang pemancing mencampakkan mata pancing ke lokasi tepat membolehkan ia mudah mendapat ikan. Kemudian apa yang berlaku pemancing perlu menunggu sehingga umpan diragut ikan.

 

Cara Mudah Memancing Ikan TilanCara Mudah Memancing Ikan Tilan

 

Dalam banyak kes dan pengalaman pada kebiasaannya jika ada anak ikan baung di situ maka ia akan terlebih dahulu menyambar umpan tersebut.

 

Selain itu ikan seluang sering menyambar mata pancing tetapi jarang mengena kerana ikan ini aktif dan mempunyai mulut yang sangat kecil untuk menelan mata kail. Apabila ada tanda mata pancing sudah diragut ikan maka ia ditarik keatas dan jika terkena ikan tilan maka ia sukar terlepas.

 

Cara Mudah Memancing Ikan TilanCara Mudah Memancing Ikan Tilan

 

Bergantung kepada kedalaman mata kail ditelan, kalau jauh masuk kedalam perut ikan tilan maka poton sahaja tali tangsinya. Set pancing ringan biasanya sudah cukup berat ikan tilan hanya sekitar 200-300 gram seekor atau mungkin kecil lagi. Kecekapan pemancing untuk memilih lokasi di mana ada banyak ikan tilan bukan satu perkara yang dapat dipastikan.

See also  "Saya Juga Mungkin Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa." Ujian Berat Buat Keluarga Ini

 

Ikan tilan adalah jenis yang selalunya akan merentap umpan dan melarikan diri dan membelit pada reba kayu di dasar sungai. Jadi apabila ada terasa tarikan maka strike dan perlu mengarau tali sepantas mungkin. Ini kerana jika dibiar lama juga membuatkan ikan tilan ini akan menelan umpan jauh ke dalam mulut.

 

Cara Mudah Memancing Ikan TilanCara Mudah Memancing Ikan Tilan

 

Pemancing tegar dan nelayan sungai biasanya menyediakan banyak perambut supaya mereka boleh memutuskan mata kail yang ditelan ikan tilan dan seterusnya memasang perambut yang baru.

 

Ini adalah kerana tilan ini akan mengelupur dan cuba memuutuskan tali pancing dengan barisan duri yang terdapat sirip di atas badannya. Ikan tilan juga mempunyai sebatang duri yang agak panjang di bawah perutnya untuk putuskan tali pancing.

 

Cara Mudah Memancing Ikan TilanCara Mudah Memancing Ikan Tilan

AvatarAvatar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link