Hartanah

“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model

“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model

rumahkabin black

Gara-gara menawarkan bayaran RM 7 ringgit untuk satu jam bagi peragaan pakaian, sebuah jenama fesyen tempatan telah meraih perhatian warganet.

Menerusi satu hantaran di platform Facebook, pihak tersebut sedang mencari pekerja sambilan bagi mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia permodelan dengan bayaran sedemikian dan perlu bekerja untuk lima hingga enam jam.

Lantaran itu, perkongsian tersebut mula dibanjiri jabatan netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa tidak setuju dengan bayaran tersebut selain menyindir jenama fesyen itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pulau Filem Seram, Bukan Porno” LPF Jawab Isu Filem ‘Pulau’

“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model

“Aiyo, RM 7? Ingat bayar jajan ke? Sedihlah,” komen seorang pengguna.

“Biar betul RM 7 sejam… abang rider Grab satu kali hantar makanan pun sudah lima ke enam ringgit. Biar betul, ke typo RM 70 sejam?” persoal pengguna lain.

“Noh, gaji saya sejam pun lebih lagi dari ini. Model ni paling lekeh (kurang) sejam RM 150 atas pengalaman juga. Dah makeup pon sendiri… aiyoooo. Dulu saya dapat sejam pun RM 150 hingga 300. Amboi, biasa ni,” komen pengguna lain.

Selain itu, ada juga segelintir yang menyifatkan jumlah yang dibayar oleh butik pakaian berkenaan adalah tidak wajar dan sudah lapuk bagi membayar kerja profesional tersebut pada tahun 2023.

“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model“RM7? Ingat Bayar Jajan ke?” Jenama Fesyen Tempatan Teruk ‘Disindir’ Netizen Gara-Gara Tawar Bayaran Tak Setimpal Sebagai Model

“Saya jadi model untuk kawan saya enam tahun lepas pun RM 100 sejam… Ini sudah 2023, ada lagi nohRM 7… Kalau tiada duit nak hire baik cari anak beranak sahajalah senang… Kesian dekat orang,” komen seorang warganet.

Job 2023, tetapi bayaran tahun 1980 punya harga,”tulis juga warganet lain.

“Dulu saya pergi shoot baju raya dua jam pun dapat bayaran RM 120 tau. Siap sediakan makan dan minum lagi,” komen seorang pengguna lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


rumahkabin black

See also  Tip Buat Kuih Talam Seri Muka Yang Sedap Dan Cantik Hasilnya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link