Nampaknya Switzerland menjadi negara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Saban hari memang ramai yang terbang ke negara Eropah tersebut untuk bercuti dan menikmati keindahan alam yang ada di sana.
Wiween Mihad yang berkesempatan juga berkelana ke Swiss selama 15 hari ketika musim sejuk berkongsi beberapa tip dan maklumat yang berguna buat traveller lain.
Menggunakan Swiss Travel Pass (STP) sepanjang berada di sana kerana menurutnya lebih jimat dan banyak kelebihan, wanita ini juga turut berkongsi tentang bandar-bandar yang sempat dilawati ketika bercuti di sana.
Bagi yang pertama kali ingin ke Swiss, apa yang dikongsikan oleh Wiween ini memang berguna, selain tu, boleh juga enjoy beberapa gambar menarik yang dikongsi oleh wanita ini menerusi posting di Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Trip DIY Musim Sejuk Ke Swiss
Perkongsian mengenai Swiss adventure diy musim winter aku selama 15 hari :
- Public transport di Swiss sgt bagus. Senang bergerak ke mana-mana hanya dengan naik train, bas & tram. Masanya pon punctual, boleh rujuk google maps. Jika beli Swiss Travel Pass (STP) boleh naik mana-mana public transport dalam Swiss FOC. Kami beli STP 15 days. Tunjuk je barcode nanti officer tu scan. Tapi jika beli 2nd class pass, naik koc yang ada tulis no 2 di pintu. Jangan naik 1st class dia nanti kena denda & dendanya mahai!
- Rata-rata kedai mengamalkan cashless payment. Boleh bayar pakai kad tanpa ada duit cash. Kami guna Bigpay all the time.
- Convenient store dia yang utama ada 4 : Coop, Migros,Kiosk & Avec. Ini mengikut pemerhatian aku sepanjang di sana.
- Tandas dia menggunakan papan tanda “WC” sama macam kebanyakan negara-negara Europe yang lain. Kadang-kadang dia buh gambar lelaki/perempuan. Tapi kat Zurich ada tulis “Toilet”. Ada tandas FOC & ada yang berbayar. Yang berbayar tu kena bayar pakai coins. Ada yg boleh pakai card. Tapi yang aku jumpa kat Bern tu pakai coins sahaja.
- Setiap bandar ada keunikan tersendiri (setakat yang aku jejak). Luzern lain, Interlaken lain, Lauterbrunnen lain, zermatt lain, begitu jugak yang lain-lain. Contoh Luzern ada old town & new town.
- Harga barang-barang tak berapa nak murah. Dalam erti kata lain, mahal. Fridge Magnet paling murah pon CHF 3.90 di Interlaken bersamaan 19 hinggit. Lain-lain tempat paling murah chf4.90. Keychain lebih mahal dari FM iaitu chf 7.90 seketoi. Keychain dia yang famous ialah keychain loceng lembu macam dalam film Dilwale Dulhaniya.
- Makanan halal senang nak jumpa especially restoran Arab, Indian tapi harga kayanganlah. Satu set nasi biryani ayam dengan air 125 hinggit. Even ZFC milik orang Turki (ala2 kepci) pon mahai.
- Kalau ada STP, boleh dapat half price bila naik gunung macam Titlis, Schilthorn, First, Matterhorn,etc. Kalau Mt Rigi FREE je. Tp tak dan pi Mt Rigi ritu.
- Rakyat Swiss banyak bawa anjing kemana-mana even dalam tren, bas or tram. Sebab anjing dibenarkan dalam public transport. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba anjing naik tren lalu kat tepi sambil berdoa jangan la dia kena kat kita. Kalau kering tak apa tapi musim winter walau kering pon macam tak yakin. Kucing stray jarang aku jumpa di Swiss. Ada 3 kali je nampak tu pon jenis gebu bulu tebal.
- Setiap bandar memang merata-rata ada menara jam. Dan SETIAP jam ialah jam analog. Aku tak pernah nampak pulak jam digital even kat train / bus station dia. Swiss ni negara pembuat jam yang memang mengagungkan jam analog agaknya.
- Hati-hati bila membeli coklat Laderach (yang pemes kat Swiss selain Lindt) sebab ada yang guna gelatin babi. Samalah yang contains alkohol. Beli yang suitable for vegan. Sama jugak coklat Lindt ada yang contains alkohol. Sebelum beli ringankan mulut bertanya. Orang Swiss sangat jujur.
- Bahasa utama di Swiss ada 4. German/swiss-german, French, Italian & Romansh. Dalam train, bila officer tu scan barcode STP dia akan cakap Merci (French word) yang bermaksud terima kasih. Jangan pelik bila kadang-kadang org Swiss tak cakap English dengan kita. Kadang-kadang memangg macam ayam dan itik kita bercakap dengan depa walaupon orang tu driver bas.
- Orang Swiss kebanyakannya mind their own business. Depa tak cara hal orang. Tapi bila ko jumpa yang ramah, memang ramah betul. Macam aunty cleaner kat Valley Hostel tempat aku stay di Lauterbrunnen.
- Bila naik escalator, kalau tak berniat nak cepat kena berdiri di sebelah KANAN ye, bukan kiri. Dia sama macam kat Osaka Jepun. Kalau Malaysia kita berdiri belah kiri bagi orang nak cepat lalu belah kanan.
- Orang Swiss tak suka toilet dia basah. Jadi pandai-pandailah lap sebelum keluar toilet.
- Bila kita melintas di jalan raya di Swiss ikut garisan belang-belang zebra warna kuning, kenderaan akan berhenti. Untuk bagi laluan kita melintas. Walaupon tanpa traffic light.
- TIADA KEDAI MELAYU di Swiss setakat ni di bandar-bandar yang aku penah jejak tu. Tak taula kot bandar lain. Ada satulah kedai Indonesia aku jumpa kat Zurich tapi tutup iaitu Dapur Indonesia. Kedai Thai ada di UG Bahnhofstrasse di Zurich tapi non halal pulak. Kedai mamak juga TIADA. Huhu.
- Swiss ialah negara yg tidak menyokong sembelihan ya. Segala daging/ayam halal di Swiss adalah diimport daripada France.
- Ada train yang tiap koc dia pintu satu & sempit. Dan bertangga. Haha. Jadi kalau macam kitorang yang travel diy ni memang masak jugaklah nak angkut beg naik tangga lalu pintu sempit tu.
- Orang Islam di Swiss hanya merangkumi 5% sahaja. Kebanyakannya berasal dari Balkan & Turkey & mereka tinggal di bandar-bandar.
- Di Bern ada House Of Religions iaitu dalam satu bangunan tu ada temple, masjid, buddhist temple sebelah-sebelah.
- Kalau pi swiss jangan lupa makan muesli dia & beli air rivella. Oh ye Nestea & Ovamaltine pon sedap jugak.
- Sila bawa pakaian yang sesuai pada musim winter. Thermal wear sangat penting. Especially bagi yang tak tahan sejuk. Kasut jugak sila pakai yang sesuai sebab kadang-kadang kita lalu kat jalan yang saljinya dah jadi ais & sangat licin. Jangan sampai ko menari macam Michael Jackson kat situ.
- Sila bawa losyen yang sesuai / vaseline dan sapu sentiasa kat kulit dan bibir. Supaya tak kering dan gatal kulit bila cuaca terlampau sejuk.
- Di atas mana-mana permukaan jalan di swiss even dalam train station & airport, ada laluan untuk orang buta (garisan timbul).
- Beberapa perkataan yg aku tiba2 fhm tanpa tengok kamus iaitu “bahnhof” bermaksud station, “haus” bermaksud rumah, “apotheke” bermaksud farmasi. heheh.
- Cheese fondue kami x mkn ritu sbb kebanyakannya x halal disebbkan depa bancuh guna white wine. Tp org ckp leh request tukar dgn apple cider tp kami x try pon ritu. Jika nak try nanti silakan. Aku bukanlah penggemar cheese. Hehe.
- Zermatt ialah free car zone. Kereta xleh masuk kat sini kecuali taxi dia yg rupa dia ala-ala mcm van kecik.
- Swiss juga terkenal sbg negara pembuat pisau Victorinox. Silalah beli buat kenangan utk diri sendiri/ keluarga
- Di bandar2 besar mcm Zurich, Bern & lain2, di station2 besar dia ada locker storage yg kita boleh simpan luggage. Harga ikut saiz. Utk locker saiz Xl ritu chf12. Yg L chf 9. Boleh byr guna kad. Station lain di bandar biasa, locker yg paling besar L saja. Di bandar biasa ada yg kena bayar pakai coins sahaja.
- Xda nampak anak2 muda/remaja di Swiss melepak musim winter ni. Depa kebanyakannya keluar utk pergi main ski. Slalu terserempak dgn depa ni dlm bas/ tren dgn kasut ski & peralatan ski depa.
- Org Swiss juga ramai yg merokok baik lelaki atau perempuan. Jgn pelik kalau bau rokok merata-rata. Mungkin depa nak panaskan badan sbb musim winter suhunya sgt sejuk, ada hari yg suhu jatuh ke negatif darjah celcius.
- Di Swiss juga ada power station untuk charge basikal. Sbb ramai juga rakyat Swiss berbasikal. Mereka juga ada lane tempat laluan basikal.
Kredit: Wiween Mihad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link