Pelaburan

Rahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai Sekarang

Rahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai Sekarang

rumahkabin black

Sama ada anda dari generasi X, generasi millennials atau generasi Z, MASKULIN cukup yakin anda semua pasti kenal dengan sosok seorang lelaki bernama Jackie Chan.

Tidak dapat dinafikan lagi Jackie Chan merupakan pelakon aksi, komedi, pengarah dan juga pelagak aksi ngeri paling popular di Asia dan di dunia secara amnya. Deretan filem-filem aksinya telah dijadikan sebagai bahan kajian serta ikutan pengarah dan pelakon zaman sekarang.

Saksikanlah sahaja filem-filem awalnya pada era 80-an dan 90-an dahulu. Setiap babak aksi dilakonkan sendiri dengan penuh dedikasi. Dengan dedikasi itulah juga menyaksikan Jackie Chan mengalami lebih 40 kecederaan patah tulang di seluruh badannya.

Rahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai SekarangRahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai Sekarang

Selain patah hidung, jari dan kaki, Jackie Chan juga pernah berdepan maut apabila mengalami kecederaan keretakan tempurung kepala. Sepanjang kariernya, Jackie Chan telah melibatkan diri dalam lebih 200 buah filem.

Disebabkan itulah sejak dari usia mudanya, Jackie Chan memang mengambil berat terhadap kecergasan dirinya dengan melakukan senaman dan diet yang baik.

Ikuti rahsia senaman dan diet Jackie Chan di bawah!

Table of Contents

SENAMAN

WARM UP

Setiap kali sebelum bersenam dia pasti akan melakukan aktiviti memanaskan badan. Jackie Chan memulakan harinya dengan melakukan larian di antara 4 hingga 5 kilometer.

Ini bagi meningkatkan peredaran darah ke seluruh badannya dan memanaskannya untuk bahagian yang lebih ketat daripada rutin senamannya. Peningkatan kapasiti kardiovaskularnya membantu membina kekuatan dan stamina. Beberapa tahun yang lalu, ketika dia dalam fasa pemulihan kecederaan buku lalu, dia akan memendekkan larian paginya.

Jika kebiasaannya selama 45 minit, dia hanya akan berlari selama 15 hingga 20 minit. Ini faktor penting kerana Jackie Chan tidak memaksa badannya dan membiarkan untuk pulih sepenuhnya.

See also  Chap Goh Mei, Hari Kekasih Orang Cina

Rahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai SekarangRahsia Rutin Senaman & Diet Amalan Jackie Chan, Patutlah ‘Fit’ Sampai Sekarang

ANGKAT BERAT

Bagi membina kekuatan otot senaman angkat berat juga memainkan peranan penting kepada Jackie Chan. Apabila tahap kardionya sudah berada pada tahap sesuai dia akan terus ke gym bagi melakukan senaman angkat berat.

Senaman angkat berat seperti decline push-ups, knuckle push-ups, bench presses, pull downs, seated rows, cable overhead presses dijadikan sebagai permulaan rutinnya.

Kemdudian dia akan berehat sekejap dan meneruskan senaman seperti barbell squats, dumbbell lunges, leg curls, bicep curls, cable tricep pushdowns and a thai pad workout.

Untuk setiap rutin dia akan melakukan di antara enpat hingga lima set dengan ulangan 20 ke 30 kali. Dia melatih tubuhnya secara keseluruhan kerana percaya bahawa dalam kehidupan sebenar, kita tidak pernah menggunakan otot kita secara berasingan. Itulah sebabnya latihan teras sangat penting adalah dalam senamannya!

LATIHAN SENI BELA DIRI

Kehabatan Jackie Chan dalam seni mempertahankan diri memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia merupakan disiplin yang sangat penting sepanjang karier lakonan sejak dari usia muda.

Ketika membesar Jackie Chan banyak aktif melakukan aktiviti seperti taekwondo, shaolin kung-fu, hapkido dan juga gimnastik.

Splits, backbends, thumb press-ups, fingertip press-ups, one legged squats, knee deep squats dan tinju merupakan beberapa jenis latihan yang dia lakukan setiap hari. Walaupun bahagian bekas rutin kecergasannya memfokuskan pada kekuatan dan daya tahan, ini membantunya meningkatkan fleksibiliti.

DIET

Percayakah anda Jackie Chan merupakan seseorang yang tidak terlalu cerewet dalam pemakanan? Sejak dulu dia tidak percaya seseorang itu harus menghukum diri dari mengelak untuk makan sebarang jenis makanan.

Namun apa yang penting baginya ialah jumlah atau kuantiti yang diambil perlulah dengan tanggungjawab. Setiap kali makan dia akan pastikan makanannya tinggi dengan protein yang mampu membantu membesarkan ototnya.

See also  Ecuador prosecutor gunned down as violent crime wave persists

Pada masa yang sama dia mengurangkan pengambilan karbohidrat, sodium dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga menjadi menu wajib dalam diet hariannya.

Selain itu, Jackie Chan juga mengelak mengambil makanan segera. Jika makan sekali pun dia pastikan jumlahnya sedikit.

Semoga rutin Jackie Chan ini boleh menjadi inspirasi untuk anda dapatkan fizikal mantap seperti dirinya! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link