Pelaburan

“Saya Tidak Kisah Kerana Saya Suka Dia Begitu,”- Fizz Fairuz Sayang Almy Nadia Sepenuh Hati

“Saya Tidak Kisah Kerana Saya Suka Dia Begitu,”- Fizz Fairuz Sayang Almy Nadia Sepenuh Hati

rumahkabin black

Jika seseorang itu cinta dan sayang pada seseorang itu seikhlas hati, pasti dia menerima pasangannya tanpa sebarang syarat. Bagi pelakon lelaki serba boleh, Datuk Fizz Fairuz, dia tidak kisah dan menerima seadanya keadaan fizikal isteri tersayang, Datin Almy Nadia.

Tidak dinafikan, isteri kesayangannya itu menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya menurunkan berat badan namun Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya.  Fizz tetap menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),” luah Fizz.

“Saya Tidak Kisah Kerana Saya Suka Dia Begitu,”- Fizz Fairuz Sayang Almy Nadia Sepenuh Hati“Saya Tidak Kisah Kerana Saya Suka Dia Begitu,”- Fizz Fairuz Sayang Almy Nadia Sepenuh Hati

Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.

Sebelum ini dia Fizz pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

See also  Pihak polis siasat Ebit Lew, keterangan beberapa orang saksi sudah diambil

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.

Untuk info, Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.

Sumber: Kosmo Online Fizz Fairuz Official Almy Nadia Official

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link