Hartanah

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

rumahkabin black

 

Nak memancing sambil meluangkan masa dengan anak bini? Tok Mat Glamping adalah port yang terbaik untuk memancing dan anak bini tak bising. Malah diorang pun boleh buat aktiviti lain. Jadi takdelah boring dan jemu tengok korang memancing. Nak berehat santai sambil pacak dan menikmati keindahan dan kedamaian suasana kampung di tepian tasik, memang ngam sangatlah port ni.

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan kat sini secara percuma antaranya mandi manda di kolam dan tasik, ada kolam kanak-kolam dan dewasa. Aktiviti berkayak di tasik, berbasikal, makan buah-buahan fresh dari kebun seperti durian, berkaraoke, bbq ikan fresh hasil tangkapan, pingpong, carom dan pelbagai jenis permainan minda.

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Untuk memancing, ada kolam pancing dan tasik yang terbentang. Boleh memancing 24 jam non-stop tanpa caj, ikan hasil tangkapan boleh masak atau bakar terus kat situ dan juga boleh dibawa balik. Itu pun percuma untuk korang!

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Antara spesies yang ada patin, tongsan sisik kasar, rohu,lampam dan lain-lain. Yang minat melampam memang heaven la sini sebab lampam dia saiz-saiz idaman. Ada juga ikan tilapia merah and the best part udang galah pun ada!

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Kat sini undang-undang kolam tak terpakai. Korang boleh bawa perambut sebanyak mana mata yang nak pakai. Bom spring 6 mata pun boleh.

 

Yang belum ada idea nak pakai umpan apa kat situ, perkongsian dari brader-brader yang dah mancing kat sini. Perisa strawberry antara fevret ikan-ikan di sini. Kalau nak mancing ikan sisik atau patin boleh try resepi umpan ni:

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

  1. Dedak ayam kuning halus
  2. Tepung gandum untuk ikat adunan supaya senang nak kepal
  3. Dedak strawberi (Pakai 1/2 dari sukatan dedak ayam kuning tadi)
  4. Perisa strawberi starbrand (pakai 2,3 penutup sahaja ikut sukatan bancuhan, boleh tambah sedikit demi sedikit kalau kurang harum, walaupun dah ada dedak strawberry tu, bau flavor ni penting tuk tarik ikan makan)
See also  Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7%

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Cara Guna

 

Kepal je kat mata kail dan spring, kalau kurang kukuh kat mata kail, boleh tambah dedak strawbery dan tepung sedikit demi sedikit. Tongsan sisik kasar, patin, dan lampam suka umpan ni

 

Mancing kat sini, sila bawak set masing-masing atau boleh sewa dengan kadar RM10/day.

 

Tok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa KiniTok Mat Glamping – Port Pancing Santai Masa Kini

 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh search Facebook Tokmat Glamping

Lokasi: Kg Kepayang, Ipoh, Perak.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link