Hartanah

“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit

“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit

rumahkabin black

Pelakon Nynaa Harizal selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 Januari lalu, di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Bersalin awal dari jangkaan 

Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkata, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan 2 Februari kerana telah mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika pemeriksaan.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.

“Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya. Namun apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami kontraksi dan dinasihatkan untuk terus melahirkan anak,” katanya.

Berkongsi pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa.

Kata Nynaa, sakit yang dirasainya tidaklah seperti yang diperkatakan orang ramai.

“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit

“Proses pembedahan berlangsung dengan begitu pantas hanya lebih kurang 20 minit. Saya pun tak sangka tengok-tengok baby dah keluar.

“Saya sebenarnya takut juga nak ceaser tetapi alhamdulillah bersalin secara pembedahan tidaklah seperti yang orang takut-takutkan tu,” ujarnya.

“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit

Nama bayi belum muktamad

Dalam pada itu, Nynaa berkata dia dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, masih belum membuat keputusan tentang nama yang bakal diberikan kepada anak sulung mereka itu.

“Nama tengah fikir lagi. Belum confirm! Tak apa nanti saya beritahu. Nama tu dah ada beberapa pilihan.

“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit“Baby Girl Nak Keluar Awal..” Nynaa Harizal Syukur Proses Bersalin Dalam 20 Minit

“Nama yang dipilih pun lebih kurang sama, cuma susunan nak nama macam mana tu kami belum buat keputusan lagi,” katanya.

Nynaa dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021.

Kredit: mStar; IG Nynaa Harizal

See also  "Macam Abang Dengan Adik" Ramai Suka Awal Ashaari Buat Trend Tik Tok Dengan Lara!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link