Hartanah

Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia

Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia

rumahkabin black

Musim pertandingan ratu cantik bagi edisi 2023 semakin hampir dengan beberapa buah pertandingan bakal berlangsung tidak lama lagi pada suku pertama tahun ini. Antara yang paling diperkatakan ialah Miss Eco International 2023 yang dijadualkan berlangsung pada dari 21 Februari 2023 hingga malam penentuan pada 4 Mac 2023 di kota Cairo dan Hurghada di Mesir.

Bagi edisi kali ini, Malaysia bakal diwakili oleh wakil baharu lagi segar, Tisya Ong.

Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International MalaysiaJalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia
Miss Eco International Malaysia 2023, Tisya Ong.

Bagi melaungkan semangatnya dan para penyokong Miss Eco International Malaysia 2023 itu, sebuah majlis pengenalan kostum nasional dan gaun malam yang akan diperagakan olehnya di Mesir kelak telahpun diadakan baru-baru ini. Tentunya, kostum nasional Tisya menjadi salah satu kejutan paling dinanti-nantikan.

Sekali lagi, kostum nasional bagi wakil Miss Eco International Malaysia 2023 direka khas oleh Ain Mohamad seperti mana yang pernah dilakukannya buat Miss Eco International Malaysia 2022, Prasana Shri pada tahun lalu.

Mengimbas semula sentuhan rekaan Ain untuk Prasana itu, mesej yang ada pada kostum berkonsepkan Wanita Pasar Tani tersebut cukup besar.

Ain bukan hanya memastikan ia cantik dilihat dan menarik mata yang memandang, malah kostum tersebut juga secara tidak langsung mempromosikan aktiviti jual beli rakyat tempatan tanpa mengira kaum sejak turun-temurun. Ia turut pada hemat penulis mengangkat martabat wanita sebagai kelompok berdikari dalam mencari punca rezeki sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Elegan! Prasana Shri Menang Dua Anugerah Pusingan Awal Miss Eco International 2022 – REMAJA

Kini, Ain sekali lagi diberikan kepercayaan oleh organisasi Ratu Wanita Malaysia untuk menyiapkan kostum nasional wakil Miss Eco International Malaysia.

Digelar sebagai ‘The Capital of Malaysia’, pereka mendapat inspirasi daripada populariti jalan raya di sekitar ibu negara Kuala Lumpur yang sering dikunjungi rakyat tempatan serta pelancong asing.

See also  Puding Lapis Lumut, Rupa Cantik & Rasa Sedap. Makan Sejuk-Sejuk, Memang Nikmat Betul!
Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International MalaysiaJalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia
Tisya dalam kostum nasional rekaan Ain Muhamad

Ketika dihubungi REMAJA, Ain berkongsi mengenai gabungan idea di antaranya selaku pereka kostum dan pasukan Ratu Wanita Malaya sendiri yang inginkan persalinan kostum yang sarat mesej biarpun hanya beronakan hitam putih dengan sedikit percikan rona perak.

“Warna hitam putih ini menggambarkan nostalgia filem-filem tempatan dahulu kala. Saya mengambil inspirasi daripada gaya elegan yang pernah disarungkan oleh primadona filem Melayu terdahulu seperti (Allahyarhamah Puan Sri) Saloma. Beliau juga adalah pelantun lagu berjudul Kuala Lumpur, bukan?

“Malah, ilham daripada beliau turut saya jelmakan dengan memakaikan sarung tangan serta siluet seakan ‘peplum’ pada bahagian kanan kostum. Peplum cukup popular pada era Saloma dan bahagian itu juga saya gambarkan sebagai jalan-jalan raya yang berliku di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International MalaysiaJalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia

Pada bahagian kostum serba putih ini tertera beberapa nama jalan raya terkenal di Kuala Lumpur termasuklah Lebuh Ampang, Jalan Semarak, Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Alor dan banyak lagi. Setiap satu nama jalan raya itu ditulis sendiri oleh Tisya Ong sambil dibantu oleh seorang juru inai yang dilantik.

Bahagian bahu kostum pula tidak dibiarkan kosong dengan adanya ikon bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya dalam rona perak bersesuaian dengan tona monokrom yang dipilih oleh Ain.

Aksesori perhiasan kepala (juga dalam rona perak) menaikkan seri seorang gadis Malaysia yang kaya dengan paduan budaya, sementara bahagian belakang kostum yang diperbuat daripada cetakan akrilik memaparkan gambaran siluet beberapa pencakar langit di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan kita semua.

Tradisional Ke Moden

Kepakaran rekaan Ain Mohamad sememangnya terletak pada kostum nasional berkonsep tradisional dan terbukti, ia menerima respon positif di pentas pertandingan ratu cantik. Selain kostum nasional Prasana Shri, Ain juga pernah menghasilkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2020 yang diperagakan oleh wakil negara pada waktu itu, Jasebel Robert.

See also  Honda Malaysia Bakal Lancar Tiga Model Baharu Pada Tahun 2023, Salah Satunya SUV Kompak!

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Yong Jadi Inspirasi Kostum Nasional Miss Grand Malaysia  – REMAJA

BACA LAGI: Dari Kelantan Ke Miss Grand International, Kostum Malaysia Masuki TOP 5! – REMAJA

Justeru, penulis tertanya sekiranya perubahan angin bagi kostum nasional kali ini daripada tradisional kepada yang lebih moden telah memberikan cabaran buatnya?

Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International MalaysiaJalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Pada Kostum Nasional Miss Eco International Malaysia

“Faktor destinasi yang agak jauh (Mesir) yang perlu dituju oleh Tisya Ong sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencetuskan idea kostum nasional yang lebih ‘ringkas’ dan minimal.

“Apabila saya duduk berbincang dengan organisasi, assignmentnya mudah sahaja iaitu untuk menggunakan warna hitam putih bagi edisi kali ini. Mereka bersama-sama dengan wakil kita, Tisya Ong ingin mencuba idea tersebut. Malah, Pengarah Nasional Ratu Wanita Malaysia, Afeer Razak jugalah yang memberi idea menyelitkan nama-nama jalan raya tersebut.

“Seminggu proses perbincangan yang kami lakukan manakala pembikinan kostum pula mengambil masa sekitar dua minggu.

“Sudah tentu, akan ada lagi penambahan dan proses tambah baik yang kami akan lakukan kepada kostum ini sebelum Tisya berlepas tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan,” jelas Ain.

Saat diajukan sama ada perubahan wakil Miss Eco International Malaysia 2023 baru-baru ini yang akhirnya menjadi milik Tisya Ong telah menerbitkan sebarang komplikasi dalam penghasilan kostum nasional ‘The Capital of Malaysia’ ini, Ain menegaskan bahawa segala proses perbincangan dan penghasilan kostum telah melibatkan Tisya Ong selepas perlantikannya dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Serah Gelaran Kepada Kakak! Miss Eco Malaysia 2023 Milik Thanu Shri – REMAJA

Oleh itu, segalanya berjalan lancar malah lebih personal buat Tisya sendiri memandangkan graduan ijazah sarjana Perbankan dan Kewangan itu turut sama terlibat sejak perbincangan awal.

See also  Saling bantu seperti keluarga, 'Ah Huat Belanja 1 Troli' dedah toleransi rakyat Malaysia

“Harapan saya tentulah ingin melihat Tisya Ong membawa pulang gelaran dan mahkota. Namun secara peribadinya, saya inginkan dia membuatkan penonton di sana terpegun dengan kehadirannya dan membuatkan orang tahu bahawa gadis dari Malaysia juga bukan calang-calang lawan,” tambah Ain.

BACA LAGI: Filipina Juara Miss Eco International 2022, Malaysia Berpuas Hati Di Tempat Kelima – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link