Pelaburan

Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.

Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.

rumahkabin black

Gaji sikit bukan alasan tidak mampu membuat simpanan untuk masa depan.

Biarpun sedikit, tetapi duit yang ada mampu membantu bila terdesak.

Perkongsian perunding kewangan, Dr. Adam Zubir tentang cara menyimpan walaupun dengan gaji sebanyak RM 1,500 sahaja sebulan! Mustahil tapi boleh jika ada kesungguhan.

Menerusi perkongsian di YouTube dia menunjukkan cara membuat simpanan menerusi teknik tiga bank.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

TEKNIK TIGA BANK

Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.

Teknik tiga bank ialah satu cara yang memerlukan anda untuk mempunyai tiga jenis akaun bank yang berbeza. Setiap bank ini akan mempunyai kegunaan yang berbeza.

Bank yang pertama ialah bank keperluan di mana untuk gaji anda masuk dan ianya juga digunakan untuk keperluan harian anda. Sebagai contoh duit untuk, membeli makanan, bayar kereta, bagi duit dekat mak ayah, sewa rumah dan macam-macam lagi.

Seterusnya sebahagian daripada gaji anda akan dimasukkan ke dalam bank yang kedua dan ketiga. Bank yang kedua pula dinamakan sebagai ‘bank entertainment’.

“Bank Entertainment” ialah untuk kegunaan anda berjoli atau berhibur. Duit yang dimasukkan ke dalam bank ini boleh digunakan untuk anda pergi makan, tengok wayang dan berhibur.

Bank yang ketiga pula dinamakan sebagai bank ‘investment atau saving’. Setelah seronok berhibur dan menggunakan duit di akaun hiburan kenalah juga membuat simpanan atau pelaburan.

See also  Pesawat terhempas di Kapar miliki sijil kelayakan terbang, laporan awal siap dalam 30 hari

BERAPA PERATUS UNTUK SIMPAN TIGA TEKNIK INI.

Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.

Menurut Dr Adam Zubir, sebagai contoh gaji anda sebanyak RM1,500 masuk ke dalam akaun “bank keperluan”. Apa yang perlu anda lakukan ialah terus agihkan duit tersebut ke dalam akaun “bank hiburan” dan akaun “bank simpanan”.

Beliau mencadangkan untuk membuat agihan sebanyak 10 peratus ke dalam akaun “bank hiburan” dan “bank simpanan”. Anggaran sebanyak RM 150 dari gaji anda dimasukkan ke dalam dua akaun tersebut.

Katanya lagi, jika tidak dapat membuat agihan sebanyak 10 peratus seperti yang dicadangkan. Anda juga boleh membuat agihan tersebut mengikut keperluan anda walaupun hanya sedikit.

Duit di dalam akaun “bank hiburan” anda boleh habiskan sehingga habis, namun duit yang dimasukkan ke dalam “bank simpanan” jangan sesekali anda gunakan melainkan untuk pelaburan.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.Gaji Kecil Hanya RM1500 Boleh Simpan, Siap Ada Duit ‘Entertainment’.

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link