Hartanah

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

rumahkabin black

Nama anak seni ini bukanlah asing dalam industri seni tanah air. Kemunculan pemilik nama Syafie Naswip dalam dunia lakonan bermula pada sekitar tahun 2005 menerusi satu uji bakat filem.

Nama baiknya pernah menjadi sebutan ramai kerana bakatnya yang boleh dianggap ‘luar biasa’ apabila Syafie diberi kepercayaan membawa watak utama menerusi karya terkenal arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Mukhsin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon LainSentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

Setanding dengan lakonan yang cukup hebat, dia menjadi pelakon paling muda membawa pulang trofi pelakon lelaki terbaik di Anugerah Skrin ke-11 ketika berusia 16 tahun.

Sentiasa ‘tunduk’ ke bumi, walau sudah sedekad lebih berada dalam arena ini, Syafie tetap ‘humble’ dengan para pelakon lain terutama dengan bakat-bakat baharu. Malah, dia saling berkongsi idea dan pendapat bersama bintang lain untuk sesebuah babak atau karakter.

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon LainSentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

Basically, apa yang kami treat adalah kami tiada membanding siapa yang lama dan baharu. Ya, kami hormati satu sama lain tetapi jika ada perkara yang ingin diketengahkan,  cakap sahaja.

“Macam saya pun, ada juga pelakon lain yang lebih muda daripada saya, dia mempunyai idea dan dia akan memberitahu saya. Saya pun begitu. Ia secara tidak langsung mewujudkan cara komunikasi yang mudah,” tuturnya kepada Remaja.

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon LainSentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

Terbaharu, Syafie Naswip membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Yusry Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, Sara Ali, Sofia Jane dan Sara Mack Lubis.

Pertama kali berlakon di bawah arahan penerbit dan pengarah hebat tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim, ditambah lagi jalan cerita dan skrip yang menarik, Syafie memaklumkan dirinya tidak boleh terlepas peluang yang ada bagi bersama-sama menjayakan siri ini.

See also  Puding Biskut Marie Dapat Sepotong Pun Puas Hati Makan

Sentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon LainSentiasa Memberi, Syafie Naswip Tak Pernah ‘Lokek’ Idea Terhadap Pelakon Lain

“Pertama kali bekerjasama dengan abang Yusry, dia seorang yang memberi ruang kepada para pelakon untuk berkarya dengan cara mereka sendiri. Bukan sahaja dengan pengarah, pelakon-pelakon juga semuanya membantu.

“Ini adalah sebuah naskhah yang saya tidak boleh lepaskan peluang. Dari segi jalan cerita dan skrip malah plot twist yang menarik,” kongsinya lagi.

Menariknya, bagi menghidupkan watak lagi yang dibawa menerusi drama siri ini, Syafie rela ‘mencantas’ sedikit rambutnya di bahagian hadapan sebagai salah satu karakter yang perlu diikut sebagai Sani.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Syafie Naswip

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link