Pelaburan

“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah

“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah

rumahkabin black

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Begitulah sebaliknya. Jadi jangan kedekut untuk berkongsi rezeki.

Rezeki bukan hanya pada wang semata, rezeki diberi kelapangan dan dikelilingi orang yang baik-baik juga adalah rezeki yang patut kita syukuri.

Seperti kisah wanita ini, Nurul Hashima Abu Aris atau lebih mesra dipanggil Shima yang merupakan seorang peniaga nasi bungkus di Seksyen 6, Kota Damansara.

Dek kerana sifatnya yang pemurah dan tidak berkira dengan para pelanggan, namanya menjadi bualan kerana kemuliaan hatinya itu.

Jika anda masih ingat lagi, wanita ini pernah tampil menghulurkan bantuan makanan percuma kepada masyarakat setempat yang mengangkat bendera putih sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara.

Walaupun perkara itu sudah beberapa tahun berlalu, kemulian hati dan sifat menghulurkan bantuan pada yang memerlukan tidak pernah padam dalam diri Shima.

“Tak cukup duit nak makan? Cakap! Sis boleh bagi nasi percuma.”

“Jangan kais cari duit dalam poket, lepas tu letak balik nasi sebab tak cukup duit,” kata Shima menerusi perkongsian di media sosial kepada mereka yang terdesak sehingga terpaksa mengikat perut.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Mengakui yang dia mudah tersentuh hati jika melihat pelanggan yang hidupnya terpaksa mengikat perut umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Saya tak boleh la dengan situasi macam tu. Saya mudah tersentuh.”

“Setakat bagi dua atau empat bungkus nasi bajet tu tak rugnya perniaghaan saya.”

Kata Shima, dia sangat senang hati untuk berbakti kepada masyarakat kerana pernah merasai kesusahan sebelum ini.

See also  Niat & Cara Solat Sunat Wuduk (Panduan Lengkap)
“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah
Anak lelaki shima turut membantunya berniaga jika ada kelapangan.

“Saya pernah hidup dalam kesusahan dan kesempitan yang memaksa untuk berhutang makanan dekat gerai tepi jalan.” Imbasnya kembali mengenang pengalaman lalu.

“Apabila dah merasa senang sikit, saya berikan semula apa yang saya dah peroleh kepada masyarakat.”

Shima turut menceritakan yang kisah-kisah yang dilalui sepanjang menjadi peniaga. Banyak yang meruntun jiwa.

“Dengan macam-macam kisah yang saya dengar daripada pelanggan yang datang ke gerai, saya tahu ramai lagi yang hidup susah dan tak mampu nak beli makanan ruji seperti nasi.”

“Nasi kami jual dengan harga serendah RM3.50 sebungkus. Tapi ada juga pelanggan yang keluarkan plastik berisi duit syilling sambil kira sorok-sorok. Mungkin malu sebab tak ada duit kertas nak bayar.” cerita Shima.

Daripada perkongsian Shima ini, ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi. Semoga kemuliaan hatinya yang banyak membantu masyarakat secara tidak langsung membuat mata ramai pihak untuk terus berbuat kebaikan.

“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah
Nasi bungkus yang dijual oleh Shima, hanya berharga RM3.50 sahaja.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah“Setakat Bagi Dua Atau Empat Bungkus Nasi, Tak Rugi Perniagaan Saya.“ Pernah Melalui Fasa Kesusahan, Peniaga Ini Berniaga Sambil Bersedekah

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link