Hartanah

Aneka Resipi Puding Yang Tak Jemu Dimakan. Memang Sedap!

Aneka Resipi Puding Yang Tak Jemu Dimakan. Memang Sedap!

rumahkabin black

top image 16 696x398

Puding merupakan antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia. Memang sedap puding ni bila dimakan sejuk-sejuk kan? Buat anda yang suka makan puding, kami kongsikan 19 resipi yang boleh anda cuba hujung minggu ini. Selamat mencuba!

 

puding campur kacang merah jagungpuding campur kacang merah jagung

AGAR-AGAR ABC

BAHAN A:

BAHAN B:

  • 30gm agar-agar
  • 1600ml air
  • 1 tin susu cair – beli online disini
  • 300gm gula
  • ½ tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
  • 100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
  • 100gm cendol campur sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
  2. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
  3. Satukan bahan B (air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut.
  4. Kemudian, masukkan susu. Kacau rata.
  5. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
  6. Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
  7. Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
  8. Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.

 

puding cendulpuding cendul

AGAR-AGAR CENDOL

BAHAN A : LAPISAN CENDOL

  • 750ml air
  • 170gm gula
  • 10gm agar-agar
  • 250ml santan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Cendol secukupnya

 BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA

  • 750ml air
  • 250gm gula melaka | diracik halus
  • 10gm agar-agar
  • 250ml santan

 CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan A; masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
  2. Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
  3. Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
  4. Masak sebentar hingga mendidih.
  5. Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
  6. Biarkan ianya keras.
  7. Untuk menyediakan bahan B; masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
  8. Masukkan santan, kacau sebentar.
  9. Akhir sekali, tuangkan ke atas lapisan cendol yang telah keras.

 

puding orenpuding oren

PUDING SUSU OREN

BAHAN A: LAPISAN PUDING

  • 4gm agar-agar
  • 200ml air
  • 300ml susu
  • 6 sudu besar gula (ikut sesuai)
  • 50ml jus oren
  • Pewarna kuning

BAHAN B: LAPISAN JERNIH

  • 4gm agar-agar
  • 500ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 50ml jus oren

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
  2. Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat.
  3. Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras.
  4. Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.
  5. Masukkan jus dan sedikit pewarna.
  6. Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.

 

puding manggapuding mangga

PUDING MANGGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter susu segar
  • 10gm agar-agar
  • Sedikit perisa mangga
  • Sedikit pewarna kuning
  • 200gm gula
  • 1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan agar-agar, gula, susu dan masak hingga gula larut.
  2. Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.
  3. Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.
  4. Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
See also  Bekas Ahli DOLLA, Syasya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan. Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Mohon Hentikan Spekulasi

 

pandan gula merahpandan gula merah

AGAR-AGAR RINTIK PANDAN

BAHAN A:

  • 1/2 sudu makan agar-agar serbuk
  • 250ml santan cair
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Sedikit pewarna hijau

BAHAN B:

  • 1/2 sudu besar agar-agar
  • 500ml air
  • 100gm gula merah
  • 1 sudu makan tepung kastard | campur 2 sudu makan air – beli online disini
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan A; Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
  2. Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.
  3. Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.
  4. Untuk menyediakan bahan B; Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. 5.
  5. Masukkan tepung kastard.
  6. Masak hingga mendidih.
  7. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.
  8. Sejukkan.

 

puding jelipuding jeli

PUDING JELI POLKADOT

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 500ml air
  • 1/2  tin susu cair
  • 100gm gula
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar pati buah
  • Fruity jelly secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak hingga larut.
  3. Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika.
  4. Susun jeli di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.

 

puding citrwarnapuding citrwarna

AGAR-AGAR PERMATA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.
  2. Sejukkan kemudian dipotong dadu.
  3. Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.
  4. Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.

 

puding jagungpuding jagung

PUDING JAGUNG MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 15gm agar-agar
  • 700ml air
  • 150gm gula
  • 200ml susu cair | dikisar halus
  • 1 tin kecil jagung | dikisar halus
  • 1 sudu makan tepung kastard | dikisar halus

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula.
  2. Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika.
  3. Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.

 

puding strawberripuding strawberri

PUDING MARBLE

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 1/2 tin susu cair | dikisar
  • 1/2 tin susu pekat | dikisar beli online disini
  • 1 biji telur | dikisar
  • 2 keping roti | dikisar
  • 4 sudu makan gula
  • 500ml air
  • Esen vanilla
  • Pewarna

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan bahan kisar serta perlahankan api.
  4. Angkat dan bahagi kepada beberapa warna.
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan lorekkan agar ianya bercampur.

 

puding koktilpuding koktil

PUDING BUAH

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 200gm gula
  • 200ml sirap buah koktel
  • 2 sudu makan tepung kastard
See also  Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek? Fakta Atau Mitos

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.
  3. Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.
  4. Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.
  5. Tuangkan ke dalam acuan.

 

agar2 gula merahagar2 gula merah

AGAR-AGAR SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 ketul gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 200ml santan | dipukul sedikit
  • 1 biji telur | dipukul sedikit
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan.
  2. Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter.
  3. Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut.
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak.
  5. Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

 

puding kacang merahpuding kacang merah

AGAR-AGAR KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 250ml air
  • 750ml susu cair
  • 200gm gula pasir
  • 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
  • Sedikit pewarna (jika suka)

CARA MEMASAK

  1. Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
  3. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

 

agar2 buah nagaagar2 buah naga

AGAR-AGAR BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm buah naga |ambil isi dan blend
  • 10gm agar-agar serbuk
  • 125 gm gula pasir
  • 900ml air
  • Sedikit esen ros

 CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan isi buah naga yang di blend dan biarkan ianya mendidih seketika.
  2. Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.

 

puding susupuding susu

PUDING SUSU

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 600ml air
  • 1/2  tin susu pekat
  • Sedikit pewarna

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan susu pekat dan pewarna.
  3. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

 

puding kelapapuding kelapa

JELI KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 1 cawan air
  • 4 1/2  cawan air kelapa muda
  • 3/4 cawan gula
  • Isi kelapa muda yang dipotong halus.

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur.
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
  3. Campur air kelapa dan masak sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus.
  5. Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.

 agar miloagar milo

PUDING MILO

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 750ml air
  • 150 gm gula
  • 1 tin susu cair
  • 3/4  cawan serbuk milo

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.
  4. Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
See also  Altimet Mahu Sumbang Separuh Royalti, Tawar Bantu Skuad Selangor FC Bayar Denda

 

puding sagupuding sagu

PUDING SAGU BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 1 mangkuk sagu
  • 3 cawan air (kalau pekat boleh tambah air)
  • 1 ½ cawan gula
  • Sedikit pewarna
  • Daun pandan

BAHAN B:

  • 200ml santan kotak
  • 1 tin susu cair
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan A. Didihkan air,pewarna, gula dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan tambah air jika perlu.
  3. Masak hingga hilang putih di tengah-tengah sagu.
  4. Untuk menyediakan bahan B. Campurkan semua dan didihkan sekejap ( kalau boleh tambah air).

 

puding lapispuding lapis

AGAR-AGAR LAPIS SANTAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 10 gm agar-agar
  • 1200ml air
  • 200gm gula
  • Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple

BAHAN B:

  • 10gm agar-agar
  • 400ml santan
  • 800ml air
  • 200gm gula

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan A; masakkan bahan A hingga larut.
  2. Tapis dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan bahan B; masakkan bahan B kecuali santan hingga larut.
  4. Bila mendidih baru masukkan santan dan biarkan sebentar.
  5. Angkat dan tapiskan.
  6. Cara Melapis, sukat 250ml agar-agar (A) letak sedikit pewarna dan tuangkan dalam loyang dan biarkan keras. Cakarkan sedikit.
  7. Sukat 250ml agar-agar (B) dan tuangkan ke atas agar-agar lapisan A. Begitulah juga dengan lapisan seterusnya untuk warna yang berlainan.

 

puding rotipuding roti

PUDING ROTI COKLAT SUSU

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping biskut jagung
  • 2 keping roti
  • 300ml susu cair
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko – beli online disini

CARA MEMASAK

  1. Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
  2. Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.
  3. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
  4. Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
  5. Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Asam Pedas Ayam Yang Enak & Menyelerakan

6 Resipi Kuih Untuk Minum Petang Yang Mudah & Sedap

Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!

Lebih Jimat & Berkhasiat, Jom Buat Air Soya Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

Naqiyatul UzmaNaqiyatul Uzma

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link