Pelaburan

5 Senaman Terbaik Untuk Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas, Terutamanya Yang Dah Jejak ‘4 Series’

5 Senaman Terbaik Untuk Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas, Terutamanya Yang Dah Jejak ‘4 Series’

rumahkabin black

Bersenam itu merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi memastikan kondisi fizikal sentiasa dalam keadaan yang baik. Selain mampu menguatkan otot melakukan senaman juga mampu membantu menguatkan jantung.

Melakukan senaman pada usia muda dan pada usia semakin matang juga ada perbezaannya. Ini lebih ketara apabila senaman itu tidak dilakukan dengan konsisten atau lebih teruk sangat jarang dilakukan.

Pastinya untuk menyempurnakan satu sesi rutin senaman pun akan berasa sangat seksa, bukan? Buat anda terutamanya lelaki yang usianya 35 tahun ke atas, kebanyakannya sudah mengalami perubahan bentuk badan.

Tidak salah untuk MASKULIN katakan ramai di antara lelaki mula naik badan dengan beberapa faktor yang tidak dijaga dengan baik seperti pemakanan dan juga kekerapan senaman.

5 Senaman Terbaik Untuk Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas, Terutamanya Yang Dah Jejak ‘4 Series’5 Senaman Terbaik Untuk Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas, Terutamanya Yang Dah Jejak ‘4 Series’
Image by javi_indy on Freepik

Bersenam pada usia ini terutamanya apabila usia melebihi 40 tahun harus dilakukan dengan teliti dan baik demi keselamatan diri. Ini adalah tempoh di mana anda perlu melakukan senaman yang sesuai dengan perubahan fizikal agar ia selesa dan cukup kuat.

Sebelum melakukan 5 senaman yang MASKULIN syorkan di bawah lakukan sesi pemanas badan dahulu. Anda boleh memanaskan badan dengan jogging, jumping jacks dan juga melakukan kayuhan statik bagi membina dan menyesuaikan kondisi badan sebelum mula bersenam.

Berikut 5 senaman yang anda boleh lakukan!

IKLAN

BOX SQUAT

Lakukan squats dengan menggunakan dumbbell sebagai beban tambahan. Senaman ini mampu membantu menguatkan otot paha, kaki dan juga perut. Lekaukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.

FRONT SQUAT

Dengan menggunakan alat bantuan senaman barbell, sebaman ini mampu meguatkan bahagia torso atau abdomen dengan gerakan normal.

See also  "Kena Ajar Anak Bahasa Ibunda" Ibu Ini Rasa Bersalah Tiada Yang Nak Berkawan Dengan Anak Sebab Berbahasa Inggeris

Ia mampu membangkitkan skil atletik anda untuk aktif bersukan di masa akan datang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.

IKLAN

DEADLIFT

Senaman deadlift memerlukan anda melakukan dua gerakan mudah yang boleh melatih bahagian pinggang dan teras badan jadi lebih stabil.

Kemampuan untuk melakukan angkatan turut melatih pernafasan yang baik. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.

SHOULDER PRESS

Rutin senaman yang tidak perlu menggunakan sebarang alat bantuan senaman. Ia mampu melatih menguatkan otot badan dan melatih diri untuk melakukan lebih dari apa yang kebiasaan atau kemampuan. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.

IKLAN

BENCH PRESS

Satu senaman yang melibatkan pergerakan otot yang intensif menguatkan bahagian bahu dan otot belakang. Lakukan sebanyak 5 set dengan 5 reps.

Semoga tip senaman ini mampu membantu anda mendapatkan fizikal yang lebih baik dan kecergasan yang lebih mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link