Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran. Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai pereka fesyen tempatan yang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi baju raya masing-masing.
Malah, banyak fashion show sudah mula dianjurkan dan dipaparkan kepada semua untuk koleksi baju raya tahun 2023 ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Koleksi Baju Raya Pelik Yang Pernah Viral, Mana Satu Paling Rare?
Disebabkan terlampau ramai pereka fesyen serta jenama yang ada di pasaran, maka masing-masing cuba mengeluarkan rekaan yang luar batasan pemikiran normal.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tradisional Melayu. Pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Time org nak lintas pi pavilion depa pi buat runway pic.twitter.com/xhPEHv1Ybi
— Syarol Kyle (@iSyarolKyle) February 18, 2023
Merosakkan Pakaian Tradisional
Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam. Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
BACA LAGI : 12 Idea Rekaan Baju Raya Inspirasi Daripada Juadah Makanan, Unik Tapi Menawan
Sumber : Twitter
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin Heavy Duty Cabin Light Duty CabinSource link