Hartanah

Ayam Buttermilk Sedap Lemak Berkrim

Ayam Buttermilk Sedap Lemak Berkrim

rumahkabin black

Ayam Buttermilk Yang Sedap Lemak Berkrim

Ayam buttermilk yang sedap ini mudah saja cara penyediaannya. Musim cuti sekolah begini, tentu ramai mak yang pening memikirkan apa hidangan untuk dimasak kepada anak-anak di rumah.

Anak-anak pula kebanyakannya memang suka makan ayam. Tapi kalau asyik masak ayam goreng saja pun bosan juga. Nak juga variasikan masakan.

Resepi ayam buttermilk ini pastinya menjadi kesukaan anak-anak kerana rasanya yang lemak manis. Memang sedap. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun turut menyukaikan.

Jom semak bahan-bahan dan cara membuat ayam buttermilk yang sedap ini oleh puan Ummi Azilla

BAHAN-BAHAN AYAM BUTTERMILK:

3 ketul ayam bahagian dada – dipotong kecil sebesar ibu jari

BAHAN PERAP:

1/2 cawan tepung Bistari

1 biji telur

Sedikit air (secukupnya)

BAHAN SALUT:

1 cawan tepung Bistari

1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung jagung

1/3 sudu teh garam

1/3 sudu teh serbuk cili

BAHAN UNTUK KUAH AYAM BUTTERMILK:

Ayam Buttermilk Yang Sedap Lemak BerkrimAyam Buttermilk Yang Sedap Lemak Berkrim

4 sudu makan buttercup@ 125gram

2 tangkai daun Kari

1 tin susu cair

7 ulas bawang putih – ditumbuk kasar

2 labu bawang besar – dihiris halus

1sudu teh garam atau secukupnya

1/3 sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu makan gula perang

Sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa

1 Sudu makan tepung gandum – bancuh dengan 200ml air

10 biji cili padi – ditumbuk kasar (pilihan)

CARA MEMASAK:

1.Ayam yang telah dipotong kecil tadi diperap dengan bahan perap selama 1 jam, kemudian digaul @ disalut dengan bahan salut dan digoreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Ketepikan.

2.Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun Kari sehingga keperangan.

  1. Masukkan susu cair, garam, gula dan Maggie cukup rasa, Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, Kacau sehingga likat.
  3. Angkat, tuangkan di atas ayam goreng tadi, siap untuk dihidang.
See also  Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal Tak Koyak, Ramai Patut Tiru!

Selamat mencuba.

 

 

AvatarAvatar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link