Pelaburan

Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!

Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!

rumahkabin black

Menyediakan hidangan bihun goreng untuk santapan keluarga tentunya perkara biasa yang kita lakukan.

Maklumlah, masak bihun cukup mudah dan ringkas. Tambahkan pula anak-anak gemar menikmatinya.

Pun begitu andai kata diminta untuk sediakan hidangan bihun untuk kuantiti yang banyak, contohnya untuk merai tetamu hingga berpuluh apatah lagi ratusan orang, bimbang juga untuk memasaknya

Takut ramuan tidak berasa, bihun dimasak keras atau terlembik dan macam-macam lagi kebarangkalian masakan tak menjadi difikirkan hingga membuatkan ada yang tidak berani menyediakan hidangan bihun  goreng dalam kuantiti yang banyak.

Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!

Jadi ayuh menuntut ilmu dan tips dari puan Nurjuwaini Aziz yang biasa memasak sekawah bihun goreng untuk tempahan yang diterima daripada pelanggannya.

Cabaran Masak Sekawah Bihun Goreng

Bila nak goreng bihun untuk 200 pax, masa ni memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per bag. Satu beg boleh cater untuk 60-70pax.

Yang paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Dah macam kacau dodol. Sikit lagi macam kacau bubur asyura. Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.

Rendam Air Biasa, Jangan Guna Air Panas

Bihun ni kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun ok. As long as bihun ni lembut.

Jangan Tambah Air

Siapkan pes rencah dulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.

Buatkan Lubang Di Tengah 

Jadi untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.

See also  Pelbagai trauma dihadapi, anak bekas ‘orang atasan’ minta henti sokong GISBH

Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!

Selepas beberapa ketika, dasar kuali tu akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.

Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-mayur. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.

Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!Masak Sekawah Bihun Elok Kejadiannya, Peniaga Katering Ni Kongsikan Tipnya!

Teknik ni applicable untuk goreng bihun skala kecil mahupun besar. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak ni. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan kita. Hidup aman harmoni.

 

.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link