Pelaburan

Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul”

Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul”

rumahkabin black

Siapa sangka selebriti serba boleh dan sering dijadikan inspirasi orang ramai, Alif Satar rupanya pernah menetap di kawasan perumahan flat di Wangsa Maju ketika usianya masih kecil dahulu.

Perkara ini dikongsikan oleh Alif sendiri dalam satu temu bual bersama pelakon, Amelia Henderson yang mengakui bahawa dia seorang budak flat.

Demi mengingati semula memori lama di flat tersebut, Alif baru-baru ini memuat naik gambar dia yang membawa keluarga kecilnya melawat ke kawasan rumah tersebut dan berkongsi kisah di mana dia menetap di rumah tersebut sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah darjah satu kemudian berpindah ke luar negara demi mengikuti ibu bapanya yang mendapat tawaran belajar di United Kingdom (UK).

“Baru-baru ini Alif ada bagi tahu waktu interview dalam studio sembang dengan Amelia Henderson yang Alif adalah salah seorang budak flat.

“Ni haa Blok E1, Wangsa Maju seksyen 2. Kami tinggal sini dari tahun 1990 sampai darjah satu sampai 1997 kemudian kami berpindah ke UK sebab dapat scholarship belajar sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik wangsa maju sampai tahun 2000. Baru la pindah ke Hartamas. Babe, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu. Macam-macam memori Alif kumpul dekat sini.

“Paling best bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini. Kind loving people they all are, and I wish them all the best,” tulisnya.

Sementara itu, Alif sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri dan tidak bongkak sekiranya telah berjaya kelak.

“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots.. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu. Appreciate and remember the people who got you there along the way,” tambahnya.

See also  Mak Ayah Elak Buat Perkara Ni Di Rumah Pada Anak-Anak, Tanpa Sedar Jejaskan Emosi Anak!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai termasuk selebriti memuji sifat rendah diri pelantun lagu ‘Cukup Indah’ itu. Malah, ramai dalam kalangan mereka yang melabel Alif sebagai selebriti contoh kerana bukan sahaja berbakat dalam dunia seni hiburan, tetapi juga mempunyai keperibadian diri yang mulia.

Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul”Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul” Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul”Bawa Anak-Anak Melawat Tempat Membesar Di Flat, Alif Satar Titip Pesan “Jangan Pernah Lupa Asal Usul”

Sumber : Instagram Alif Satar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link