Pelaburan

Khasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti Langsing

Khasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti Langsing

rumahkabin black

j4nPdFY8 Untitled design1

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Tergolong dalam keluarga Gramineae, pokok barli menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.

Amalan minum air barli menjadikan kulit sihat dan cerah. Ia membantu  mengeluarkan toksik dari tubuh. Beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Khasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti LangsingKhasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti Langsing
Kredit foto: Pixabay

Melalui hantaran Dr Rizal Abu Bakar dilaman Facebooknya, beliau memberikan info tentang khasiat air barli dan cara-cara membuat air barli.

Ramai sangat minta resepi air barli untuk berbuka puasa memandangkan bulan Ramadan hanya beberapa hari sahaja lagi bakal menjelma.

Barli merupakan bijirin purba sihat. Tidak diubahsuai secara genetik. Mampu bertahan walaupun ribuan tahun berlalu. Barli termasuk kategori ‘smart complex carbs.’

Di dalam barli terkandung serat unik iaitu beta glucan. Barli mampu menurunkan kolesterol. Barli juga mampu menjadikan bakteria dalam usus menjadi seimbang.

Amalan minum air barli mampu membakar lemak bagi memudahkan berat mudah turun. Pengambilan air barli juga mampu mengawal tahap gula dalam darah. Cara membuatnya juga mudah dan cepat.

Khasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti LangsingKhasiat Air Barli, Cepat Turunkan Berat Badan & Kolestrol, Bakal Pengantin Kena Cuba, Gerenti Langsing

Berikut bahan-bahan dan cara membuat air barli.

BAHAN-BAHAN:
1 cawan barli
2 helai daun pandan
3 cawan air
1 sudu besar gula kelapa/madu
2 sudu teh jus perahan limau

CARA MEMBUAT:
1. Rendam, basuh dan bilas barli sehingga bersih.

2. Masukkan barli ke dalam periuk. Tuang air secukupnya. Masukkan daun pandan. Rebus sampai barli bertukar lembut.

3. Bila sudah masak, sejukkan dan tuang air barli dalam juga. Letak gula kelapa/madu dan perahan limau cukup rasa.

4. Letak dalam peti sejuk. Sedia untuk diminum.

Mudah bukan? Bolehlah cuba buat.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar Kredit foto (top image): azerbaijan_stockers on Freepik

See also  Robot Kena Pecat di Jepun
fe59902bbd18f4aa323e344d98988a7cfe59902bbd18f4aa323e344d98988a7c

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link