Hartanah

“Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa

“Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa

rumahkabin black

Pelakon Uqasha Senrose mengakui sehingga kini masih trauma dengan kejadian suaminya, Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Singapura.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada petang tadi, Uqasha merasa sedemikian kerana belum pernah menyaksikan kejadian seseorang dipukul menggunakan sebatang besi berlaku di hadapan matanya sendiri.

Impak daripada insiden yang brlaku di antara jam 9 malam hingga 10 malam tadi itu, Kamal terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditidurkan sebelum dibedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan – REMAJA

Bagaimanapun, tegas Uqasha, dia enggan insiden yang masih disiasat pihak polis Singapura itu untuk mengeruhkan hubungan baik di antara peminatnya di negara Malaysia dan di Singapura.

“Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa“Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa

“Ia boleh jadi dekat mana-mana pun. Jangan pula hanya disebabkan seorang pelaku, satu negara kena.

“Apa yang jadi dekat Sha dan Kamal adalah satu pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati. Sebab kita tidak tahu siapa suka kita, siapa benci kita.”

“Jadi Sha berharap jangan bergaduh antara Malaysia dan Singapura kerana benda ini. Malang yang tidak berbau, bukannya semua orang Singapura jahat.”

“Tolong, jangan tambah-tambah cerita. Jangan marah. Jangan salahkan orang Singapura, jangan salahkan Malaysia. Sha hendak jelaskan di sini orang Singapura semuanya baik-baik dan tolong kami sewaktu terkena.

“Tapi kerana benda nak jadi..,” ulasnya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, Uqasha masih belum diberitahu mengenai butiran lanjut mengenai suspek berkenaan dan motif di sebalik perbuatannya menghayunkan sebatang besi ke arah Kamal berulang kali.

“Sampai sekarang masih belum tahu apa motif dia. Orang itu tak gila, tapi saya tidak tahu motifnya kerana tiada pergaduhan (berlaku).

See also  Anak Yang Dibesarkan Dalam Keadaan Selalu Dimarah, Di Herdik, Akan Membesar Tanpa Rasa Hormat

“Memang niatnya untuk membunuh. Sebab itu bila dia tidak mengena di belakang kepala, itu yang dia halakan ke pipi dan badan. Kalau nak kata dia hitman kenapa dia boleh buka topeng muka dan provoke kami,” tambahnya.

BACA LAGI: Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut – REMAJA

Buat masa ini, Kamal dan Uqasha terpaksa merahsiakan lokasi mereka kerana kejadian yang berlaku semalam sudahpun berbaur ugutan membunuh.

@remaja.my Tak perlu gaduh-gaduh. Kita doakan yang baik-baik untuk Uqasha Senrose & suaminya yang menjadi mangsa pukul rambang di Singapura, Kamal Adli. 💜💜 #MajalahRemaja #RemajaNews #UqashaSenrose #KamalAdli #HeroRemaja #SelebritiMalaysia #ArtisMalaysia #viral #trending #fyp ♬ original sound – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link