Pelaburan

Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guna Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!

Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guna Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!

rumahkabin black

Bagi pasangan yang baharu berkahwin, anda digalakkan untuk memujuk pasangan agar ia menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga. Bila pasangan merajuk mesti ada sebab yang tidak kena.

Memujuk memerlukan kemahiran tertentu. Adakalanya pelbagai cara memujuk pasangan tetapi anda masih gagal memujuk sehingga menyebabkan rajuk pasangan berpanjangan.

Jangan pening, jika pasangan merajuk apa kata anda cuba ikut cara psikologi ini. Gerenti pasangan cair!

Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guna Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!Kalau Pasangan Kuat Merajuk, Cuba Pujuk Guna Cara Psikologi Ini. Gerenti Cair!

LANGKAH 1. Tuning in atau kenal pasti emosi pasangan 

Terlebih dahulu, sebelum melakukan apa-apa tindakan, kenal pasti dahulu emosi pasangan anda ketika itu dengan ‘tune in’. Saya berikan analogi mudah. Ingat tak kita pada radio lama?

Radio zaman atuk atau ayah kita? Radio lama terpaksa di ‘tune’ secara manual untuk membolehkan kita menjumpai frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita.

Puas kita memusingkan tombolnya agar frekuensi betul-betul bersesuaian dan membolehkan siaran yang dimahukan kedengaran jelas.

Begitulah juga dengan cara menangani pasangan kita. Kita cuba untuk ‘tune in’ dengan frekuensi pasangan kita.

Kenal pasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat pada matanya dan bertanya padanya secara lembut, “Adakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?”

LANGKAH 2. Berhubung dengan menerima dan mendengar

Cuba selami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Lebih elok sekiranya anda memeluknya dan mendengar apa sahaja luahan hatinya.

Dalam pergaduhan, selalunya isteri kerap menangis. Sambil memeluknya, katakan kepadanya, “Tidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah”. Cuba mendengar dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak bersetuju.

Simpan dahulu apa yang ingin anda katakan. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.

LANGKAH 3. Reflek

Tunjukkan empati anda. Pastikan si dia mengetahui yang anda sangat memahami perasaannya. Kemudian, minta maaf dengan pasangan anda. Sekiranya anda seorang isteri, cium tangan suami anda.

See also  Punca Ketiak ‘Berkerak’ & Cara Putihkan Bawah Lengan Guna 2 Bahan Dapur Ini!

Bagi suami pula, cium dahi isteri anda. Sebaik sahaja pasangan anda sudah bertenang, bolehlah anda menjelaskan sebab sebenar apa jua tindakan anda.

Mengapa anda memilih warna hitam berbanding warna krim untuk sofa baharu anda? Mengapa anda terlupa memasukkan baju dalam bakul kain kotor pagi tadi? Mengapa anda terlupa membasuh pinggan pagi tadi? Mengapa anda pulang lewat dari tempat kerja hari ini? Aatau apa sahaja.

Terangkan dengan lembut dan tenang agar tidak mewujudkan pergaduhan baharu pula. Sekiranya pasangan tidak menyukai dengan beberapa perangai anda, tekadkan keazaman untuk berubah. Sekali sekala, cuba berjenaka dengan pasangan.

LANGKAH 4. Memujuk

Kebanyakan daripada kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya pasangan cool down baharu anda nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di hatinya.

Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.

Jadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?

1) Puji pasangan

Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.

Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.

2) Beri hadiah 

Hadiah merupakan antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya yang anda sangat menyayanginya.

See also  I won’t prevent a no-confidence motion against me, says Anwar

3) Mengajaknya melakukan apa yang pasangan suka

Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai.

Semestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit.

4) Beri kejutan

Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya bercuti ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabatnya atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan.

5) Mengucap kata-kata indah

Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu di awal perkenalan ketika anda ingin memperisterikannya dahulu, tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk pasangan.

6) Bergurau senda

Cuba buat pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan anda ketawa. Buat lawak, menggeleteknya secara manja ataupun buat gaya yang kelakar.

7) Sentiasa berdoa

Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumah tangga yang ribut. Namun ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumah tangga. Lazimkan diri anda berdua dengan banyakkan menyebut zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.

Kredit top image: Pexels

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics