Pelaburan

“Kita Tak Tahu Siapa Suka Atau Benci Kita”, Kamal Adli Kini Beransur Pulih

“Kita Tak Tahu Siapa Suka Atau Benci Kita”, Kamal Adli Kini Beransur Pulih

rumahkabin black

Bagi anda yang mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan tanah air pastinya sudah tahu akan tragedi malang yang menimpa Kamal Adli selepas dia dipukul hingga mendatangkan kecederaan serius ketika berada di Singapura.

Juara Hero Remaja 2007/2008 yang juga suami kepada aktres, Uqasha Sensore dikatakan diserang oleh seorang lelaki ketika berada di sebuah acara di negara jiran tersebut. Akibat serangan itu Kamal telah dikejarkan ke hospital dan terpaksa dirawat dengan segera.

Terbaru, Kamal Adli berkongsi di laman Instagram kendaliannya bahawa dia kini sedang beransur pulih. Namun dia masih lagi dalam rawatan rapi dan perlu menggunakan ubat penahan sakit.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam pada badan dan dijaga isteri.

“Terima kasih di atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong kami,” jelasnya bersama sekeping fotonya yang masih di hospital.

RISAU TRAUMA ISTERI

Kamal turut menyeru kepada peminat dan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri. Dia turut menyuarakan kerisauan tentang trauma yang dialami isterinya tercinta, Uqasha Senrose yang menyaksikan kejadian menakutkan itu

Selain itu, Kamal turut menyeru warganet Malaysia dan Singapura agar tidak menyalahkan satu sama lain dan mengeruhkan keadaan. Dia memohon jangan jadikan kes menimpa dirinya sebagai alasan untuk beralah di antara satu sama lain.

“Kita Tak Tahu Siapa Suka Atau Benci Kita”, Kamal Adli Kini Beransur Pulih“Kita Tak Tahu Siapa Suka Atau Benci Kita”, Kamal Adli Kini Beransur Pulih

“Cuma Kamal harap semua orang boleh tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lanjut tentang kes ini, Hakim Daerah Terence Tay memaklumkan tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.

See also  Kejohanan Golf Tourism Selangor kini kembali, lebih 120 pemain pamer bakat

Pelaku tersebut didakwa di Mahkamah Negeri Singapura di atas tuduhan terlibat dengan kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Sebilah cota besi yang digunakan dalam serangan tersebut telah dirampas untuk dijadikan bahan bukti. Sebutan semula kes ini akan dilakukan pada 28 Mac 2023.

Semoga Kamal Adli cepat sembuh dan pulih seperti biasa dan kepada Uqasha semoga terus tabah berdepan ujian ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link