Pelaburan

Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai. Anak Kecil Menangis Minta Tolong

Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai. Anak Kecil Menangis Minta Tolong

rumahkabin black

Durjana seorang lelaki, berani pukul isteri kedua di khalayak ramai. Anak kecil menangis minta tolong. Seorang suami sepatutnya menjadi pelindung kepada anak dan isterinya. Tapi ada sesetengah lelaki hanya tahu tunjuk gagah di hadapan isteri dan tak malu langsung memukul di khalayak ramai.

Satu perkongsian dari Dr Azizul Azli yang membantu seorang isteri kedua dibelasah suaminya dalam perkongsian di fbnya membuatkan ramai marah. Ironinya lelaki hanya berani memukul wanita yang lemah.

Ikuti perkongsiannya :-

Sya hantar anak ke ETS Batu Gajah tadi pulang ke Putrajaya, waktu sedang menunggu.

Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai

Ada anak kecil ini, datang sambil menangis disebelah saya, “Ayah pukul ibu, ayah pukul ibu” berulang ulang kali.

Airmata membasahi pipi. Saya pegang dan ikut ke mana dibawa tunjukkan. Saya menjadi saksi hari ini, seorang suami pukul sang isteri di hadapan orang di tempat parking.

Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai. Anak Kecil Menangis Minta TolongDurjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai. Anak Kecil Menangis Minta Tolong

Bila saya sampai dia terus nak cabut lari dengan bonet kereta masih terbuka. Kedengaran ada yang menjerit kerana isterinya masih tersanggut di pintu kereta.

Saya masih peluk erat anak kecilnya yang saya kira usia 5-6 tahun kekal menangis semakin kuat.

Trauma

Sang suami durjana ini berhenti dan hempap bonet kereta kuat sekali dan terus cabut pergi.Semua yang menanti menjadi saksi.

Anak Kecil Menangis Minta Tolong

Isteri saya hampiri isteri malang ini peluk dan tenangkan dia.  Dia cekal, tiada setitik airmata langsung membasahi pipi.

Saya belum pernah ada pengalaman bertumbuk dengan orang, tapi jika suaminya tidak lari tadi, mungkin ia jadi sejarah pertama kali. Ramai menjadi saksi mata tadi.

See also  Greatest Totally free Oculus Trip dos Games 2021

Sebagai lelaki sahaja kita malu, Apatah lagi sebagai isteri yang dipukul dikhalayak ramai.

Ceritanya pada isteri saya. Dia isteri kedua. Keluarga mertuanya di Manong tidak sukakan dia, dia ada anak dengan suami ini yang menangis tadi.

Dia dihalau keluar tadi. Dia datang dari Rawang nak ambil anak sebab persekolahan dah nak bermula minggu depan.

Di tangannya ada kesan terbakar kata isteri saya. Saya nampak seperti dicucuh puntung rokok kesannya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Berang Tinggikan Suara Pada Ibu, Penebar Roti Canai Didakwa Pukul Isteri!

Suami Tegap Pukul Isteri Hingga Lunyai, Tular Video Anak Menangis Ketakutan Saksi Mak Dibelasah

Mahkamah Syariah Lulus Tuntutan Fasakh Wanita Koma Dibelasah Suami, Jahidah Sah Bercerai

Jika Bukan Isteri Menghulur, Maka Semua Dalam Rumah Kebulur. Nasib Lebih Teruk Dari Seorang Hamba!

Anak lelaki saya juga ada tadi,  saya pesan padanya. Kita jadi lelaki kuat bukan untuk pukul wanita. Salah macam mana pun, jangan sesekali memukul wanita. Hanya lelaki dayus pukul wanita malah ditempat awam.

Sebab itu bila saya datang dekat dia lari, lelaki yang pukul bini hanya berani dengan wanita sahaja.

Sebelum berlalu pergi, anak dan isteri belikan bekal air dan sedikit sumbangan buat perjalanannya ke Rawang.

“Botol susu anak tertinggal dalam kereta”. Ceritanya sayu akhir tadi.

Jadilah suami dan ayah yang baik.  Menjadi ayah tidak cukup hanya memberi nafkah. Ada tanggung jawab besar setelah itu.

Jika kau membiarkan amarah menguasai dirimu, maka nasibmu akan lebih menyedihkan.

Abah Qilah
Saksi Manusia Amarah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

See also  Ramai Ibu Mampu 'Me Time' Lewat Malam Setelah Anak Tidur

Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link