Pelaburan

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

rumahkabin black

Lelaki serang Kamal Adli hingga parah dakwa diupah, motif cemburu Uqasha kahwini Kamal Adli. Sesi bergambar dan beramah-tamah pasangan selebriti Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo terhenti sekitar 9 malam tadi (Ahad, 12 Mac), apabila Kamal tiba-tiba diserang dengan ‘chota’ (kapak India dengan pemegang panjang).

Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu terkejut ekoran melihat Kamal yang berlumuran darah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Uqasha Wanita Terbahagia, Momen Indah Bila Kamal Adli Berlutut Melamar Jadi Permaisuri Hidupnya

Abang Terima 90 Jahitan, Gadai Nyawa Demi Selamatkan Adik Diserang Anjing!

Dah Kahwin 7 Tahun, Suami Stress Diserang Jantung Gagal Lembutkan Hati Isteri Degil

Diserang Kanser Limfoma Tahap 4, Ini Luahan Hati Seorang Suami Yang Minta Netizen Derma Untuk Isterinya Sakit Kritikal

Lelaki yang Kamal sangka ingin bergambar dengannya dan mengekorinya itu juga dikatakan membawa pisau kerambit.

Kamal, 37 tahun, yang turut mengalami lebam pada muka dan pipinya kerana dipukul lelaki itu selepas kepalanya ditetak dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menerima beberapa jahitan lapor Berita Harian.

Ini dimaklumkan pengacara Roslan Shah yang membawa Kamal dan Uqasha, 30 tahun, ke Singapura untuk acara dagangan.

Uqasha yang masih dalam keadaan terkejut dan menangis sewaktu berbual dengan BH turut menceritakan tentang kejadian ngeri dan tidak diduga itu.

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Akui Diupah

Lelaki yang menyerang Kamal telah pun ditangkap polis selepas beberapa pengunjung dan pengendali gerai menahannya daripada melepaskan diri.

See also  Gelagat Penyokong Harimau Malaya #PialaAFF

“Saya memang tidak menduga perkara ini berlaku. Sekitar 9 lebih, kami sedang bergambar dengan seorang makcik berkerusi roda.

“Kemudian saya berjalan dahulu ke depan manakala Kamal di belakang pula sedang rancak berborak dengan makcik.

“Tahu-tahu, seorang lelaki memanggil Kamal. Kami ingatkan dia nak bergambar. Alih-alih dilibas ‘chota’ panjang itu pada kepala Kamal.

“Darah mencurah-curah…teruk Kamal kena. Saya nampak Kamal bangun sebab nak tahu siapa yang menyerangnya. Dia kemudian dipukul pada muka dan pipi serta badan. Darah dah mengalir terlalu banyak,” cerita Uqasha menahan sebak di dada.

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal AdliLelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

Menurutnya, lelaki itu seakan tidak mempedulikan serangan dibuat di khalayak ramai.

“Dengan muka bersahaja dan senyum sinisnya, dia memandang Kamal. Semua orang di situ kemudian kejar lelaki itu dan menahannya. Mereka hairan dan marah mengapa Kamal menjadi mangsa serangannya,” tambah Uqasha.

Beliau berterima kasih dengan orang ramai yang tangkas membantu serta bersyukur nyawa suaminya itu terselamat dan daya ingatannya tidak terjejas.

“Alhamdulillah, Allah nak selamatkan Kamal. Saya tahu semangatnya kuat. Lukanya dalam tetapi mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

“Doktor di hospital tanya tentang hari ini hari apa dan pukul berapa…nampaknya Kamal ingat…daya ingatannya masih kekal selepas serangan teruk itu,” ujar Uqasha.

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal AdliLelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

Roslan, sementara itu, berharap lelaki yang menyerang itu akan dibawa ke muka pengadilan.

“Sebagai orang yang membawa Kamal dan Uqasha datang ke Hari Raya Mega Sale ini, saya perlu bertanggungjawab dan tak nak apa-apa terjadi pada artis yang saya uruskan datang ke sini untuk temui peminat.

“Saya tak pasti apa motif lelaki itu menyerang Kamal. Tak baiklah membahayakan nyawa orang dan dalam suasana ceria acara seperti Hari Raya Mega Sale.

See also  Simpan Duit Raya Lebih Awal, Lelaki Ini Berjaya Kumpul RM1234, Rupanya Ini Caranya!

“Sewaktu kejadian, saya keluar dari dewan sebentar. Apabila pulang semula, saya lihat keadaan kecoh sebab Kamal sudah berlumuran darah.

“Saya mohon peminat doakan agar urusan Kamal dan Uqasha dipermudahkan dan kesihatannya kembali pulih,” jelas Roslan.

Ketika dihubungi,  jurucakap polis dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.

“Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari seberang yang meniaga, membuat persembahan mahupun membuat penampilan khas untuk menemui peminat di sini.

Kamal dan Uqasha yang baru-baru ini menjayakan drama romantis Akira Khan di Astro Ria bersama adalah yang sering tampil di acara sebegini untuk menemui peminat kesayangan mereka.

Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

Dalam pada itu Kosmo Online melaporkan Uqasha Senrose memaklumkan lelaki yang menyerang suaminya semasa ditahan ada memberi amaran kepada dirinya sekeluarga bahawa dirinya didakwa di upah oleh individu lain

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.

Dia juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

See also  Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke Empat, Timang Bayi Lelaki

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.

 

 

 

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link