Hartanah

Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

rumahkabin black

Pemilik nama penuh Muhammad Amirul Aiman bin Norazman ini seorang anak seni yang penuh dedikasi terhadap setiap perkara yang diceburinya. Jejaka kacak ini merupakan juara pertandingan Hero Remaja 2021.

Dia merupakan pemenang edisi kesebelas dan kini duduk sebaris dengan pemenang sebelumnya seperti Nadhir Nasar, Fattah Amin dan Kamal Adli.

Biarpun meminati bidang seni, pendidikan tidak pernah sesekali diabaikan. Bukan calang-calang orangnya, Mierul Aiman merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Selangor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan UPSI & Bekas Ketua Pelajar MRSM Kuala Terengganu. Amir Ahnaf Cemerlang Sebagai Wajah Baharu Dunia Seni

Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian MekarAlumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar
Mierul bersama kedua orang tuanya saat memenangi gelaran Hero Remaja 2021.

Meminati dunia seni sejak kecil lagi, Mierul pernah berkongsi yang dia mendapat latihan lakonannya apabila menyertai kelab teater.

“Mirul pernah belajar mengenai teater, Mierul masuk kelab luar yang dikenali sebagai Revolution Stage dan belajar sedikit sebanyak dalam cara lakonan. Mirul sangat gembira dapat bekerja dalam karier lakonan.

“Sebagai contoh yang Mierul boleh ambil, the best feeling adalah rasa nervous apabila kita nampak penonton depan mata,” kongsi Amirul kepada REMAJA suatu ketika dahulu.

Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian MekarAlumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

Selepas menjuarai Hero Remaja 2021, dia mula bertapak dalam dunia seni dengan membintangi drama dan filem pendek.

Namun, namanya menjulang tinggi saat memegang watak sebagai Nur Fakhri Firdaus Ismet dalam drama bersiri Projek: High Council. Tuah nyata menyebelahinya apabila lakonannya mendapat pujian ramai.

Siapa boleh lupa akan segala emosi dan juga gerak laku yang dimainkannya dalam drama tersebut. Memang menjadi! Biarpun memegang watak yang serius dalam Projek: High Council, namun dia bukanlah pelakon yang hanya memiliki satu karakter.

See also  Hampas Kelapa Jangan Buang, Boleh Buat Skrub Untuk Haluskan Kulit Pula

Mierul cukup versatil dan kini lakonannya sebagai Ronaldo dalam drama ‘Imam Instant, Ustazah Scammer’ mendapat perhatian ramai. Memainkan watak dengan karakakter mencuit hati seperti bodoh-bodoh alang, penghayatan yang diberikan ternyata menjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: MIERUL AIMAN Meniti Populariti. “Kalau Kita Rasa Diri Dah Bagus, Ada Orang Lain Lebih Bagus Daripada Kita..”

Alumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian MekarAlumni SM Sains Selangor, Miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar
Bersama Mira Filzah dalam drama bersiri Imam Instant, Ustazah Scammer.

Apabila ditanya satu perkataan yang menggambarkan dirinya, Amirul menyatakan yang di memilih perkataan berani. “Mierul meletakkan diri Mierul sebagai seorang yang berani, berani untuk ke hadapan dan berani untuk sentiasa mencuba. Dengan sifat berani itulah Mierul dapat mengatasi kelemahan yang ada,” kongsinya penuh keyakinan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link