Hartanah

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

rumahkabin black

diy

 

Kejadian melontar gewang dan terbabas hingga ke atas pokok sememangnya perkara lumrah dalam teknik casting terutamanya ketika boating. Jika boleh dicapai tangan, tentu tak menjadi masalah. Tapi bayangkan kalau tersangkut tahap tak tercapai tangan dan pokok tersebut tak boleh dipanjat.

 

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di PokokCara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

 

Alatan keperluan:

Joran yang tidak digunakan lagi (sebaiknya joran yang keras)

Alat pemukul telur

Cable tie

Gunting

 

Cara Membuatnya:

 

Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.

 

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di PokokCara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

 

Ia bertujuan bagi menghalang alat pemukul telur ini menggelongsor turun atau naik. Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.

 

Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.

 

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di PokokCara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

 

Penyelamat gewang ini tidak perlu disiapkan terlebih dulu di rumah. Tentu korang malu untuk membawanya pergi ke mana-mana trip.

 

Sebaiknya bawa saja alatan keperluan tersebut di dalam beg memancing. Apabila berlaku kejadian gewang tersangkut di atas pokok, barulah jadikannya sebagai alat penyelamat gewang.

 

Cara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di PokokCara Buat Penyelamat Gewang Tersangkut Di Pokok

 

Joran 2 pieces yang telah rosak juga boleh digunakan sekiranya tiada joran 1 piece. Tapi pastikan anda bawa sellotape bersama bagi menguatkan sambungan joran.

 

AvatarAvatar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin

See also  Staycation Berkonsepkan Bali & Alam Semulajadi Di Hulu Langat, Boleh Muat Sampai 10 Orang. Spot Nak Gathering & Lepak Santai!
Light Duty Cabin


Source link