Pelaburan

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

rumahkabin black

Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi. Setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.

Memetik laporan Pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.

“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.

“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

 

“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.

BERKAHWIN KETIKA KERJAYA DIPUNCAK

Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini.

“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu.

“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.

“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.

See also  Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Dakwa Diupah, Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli

Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”Elfira Loy Beri Nasihat Kalau Nak Kahwin Muda- “Bukan Sekadar Suka Sama Suka, Kemudian Ajak Kahwin”

“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya.

Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria.

Sumber: Harian Metro Instagram Elfira Loy

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link