Hartanah

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

rumahkabin black

 

Boleh dikatakan pancingan air masin yang membabitkan pancingan di muara, pesisir pantai, kelong atau rumah rakit dan di laut lepas, lebih mudah dari segi penyediaan umpan. Kebanyakan umpan yang berbentuk umpan alami itu sendiri boleh diperolehi dari laut atau muara.

 

Udang Putih

Lazimnya udang hidup lebih banyak digunakan di perairan cetek kurang dari 10meter dan kawasan ekstuari. Namun kini penggunaannya semakin meluas hingga ke laut lepas sebagai umpan tambahan. Udang hidup merupakan umpan yang sangat berkesan untuk semua jenis ikan pemangsa seperti siakap, siakap merah, kerapu, tebal pipi, jenahak, ebek dan lain-lain lagi.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Sotong Cumit

Jika di tengah laut, tiada umpan lain yang mampu menandingi cumit atau sotong jarum hidup bagi menjerat ikan-ikan gred A seperti ikan merah, jenahak, kerapu serta tenggiri. Dalam trip bottom, cumit menjadi penanda kejayaan trip tersebut. Sekiranya berjaya memperoleh cumit dalam kuantiti yang mencukupi maka berpeluanglah untuk hasil pecah tong.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Umpun-Umpun

Umpan yang cukup sininom bagi pancingan pesisir pantai. Walaupun ia cukup popular bagi memancing gelama namun ikan daun baru, tebal pipi, tetanda dan jenahak turut sama boleh dipancing. Dalam pancingan kelong atau rumah rakit, umpun-umpun merupakan umpan nombor satu yang wajib dibawa.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Sotong kurita

Boleh dikatakan umpan yang wajib ada bagi pancingan bottom di perairan Pelabuhan Klang. Namun di beberapa padang pancing yang berkongsi air yang sama (Selat Melaka), ia kurang digunakan kerana jarang mendapat sambutan dari pemangsa.

Sasaran tentu saja ikan jenahak, merah, kaci, kerapu, mahupun pari. Selain digunakan hidup-hidup, janggut atau jemarinya turut berkesan digunakan dalam keadaan segar.

See also  Raikan Jiwa Merdeka, Gelombang Malaysia #QuranHour 2024 Makin Terasa

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Udang Lipan

Hanya pemancing dasar laut dalam saja yang biasa menggunakan umpan ini. Maka tidak hairan ramai juga pemancing tidak tahu udang jenis ini yang kurang isi boleh dijadikan umpan. Ia sangat berkesan ketika ia masih hidup untuk menjerat kerapu, jenahak, merah, gerut-gerut serta pari terutamanya di perairan Selat Melaka.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Ketam

Bila sebut saja umpan ketam atau ketam nipah pasti nama ikan ketarap atau bayan akan terkait dengan sendirinya. Namun ikan lain seperti kuku dan kerapu turut membaham umpan ini. Namun saiz ketam yang digunakan perlulah bersaiz kecil. Jadi, tidaklah hairan sekiranya masih ramai pemancing yang belum pernah menggunakan ketam nipah sebagai umpan.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Umang-Umang

Dari dulu sehingga kini umang-umang merupakan umpan pilihan untuk memancing sembilang atau gemang. Namun ikan lain seperti gelama, gerut-gerut dan kitang turut berminat kepadanya. Malah ikan pari puluhan kilo turut pernah didaratkan hasil penggunaan umang-umang ini. Umang-umang juga tidak sukar untuk dicari dan hanya perlu memecah `rumahnya’ untuk mengeluarkannya.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Sesirat

Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata. Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail. Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Telur Belangkas

Belangkas atau isinya tidak dijadikan sesuai dijadikan umpan. Tetapi telurnya sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Ia merupakan umpan yang cukup sinonim untuk memburu keluarga pak misai seperti sembilang, duri dan juga belukang. Sekiranya anda terpancing belangkas, periksa badannya dan lihat kalau-kalau ia mempunyai telur.

See also  "Paling Suka Kalau Mommy Buat Daging Masak Kicap" Talita Suka Air Tangan Watie, Ibu Yang Penyayang!

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

 

Siput & Kekerang

Antara umpan yang popular bagi pancingan di kelong. Ikan sasaran pula merupakan ikan yang sering berlegar di kawasan kelong seperti gerut-gerut, sembilang, duri dan lain-lain lagi. Seperti mana telur belangkas juga, kerang merupakan umpan alternatif untuk memancing spesies pak misai.

 

Jenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air MasinJenis-Jenis Umpan Terbaik Pancingan Air Masin

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link