Pelaburan

Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan

Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan

rumahkabin black

Penting untuk anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses pertunangan mahupun perkahwinan. Salah satu perkara penting yang perlu difikirkan ialah barang hantaran yang ingin diberikan pada pasangan.

Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak wangi? Kek? Beg tangan? Keliru dan buntu hendak pilih barang apa yang sesuai.

Berikut dikongsikan sedikit panduan dan senarai semak untuk proses menyediakan hantaran untuk pertunangan dan juga perkahwinan. Moga tip ini boleh dijadikan panduan.

Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada PasanganTip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan
Kredit foto: Pexels

TIP MEMILIH BARANG HANTARAN

1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.

2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.

3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

See also  Orang Melayu Yang Berjihad Melawan Zionist
Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada PasanganTip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan
Kredit foto: Pexels

5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:

Sirih Junjung

Kemeja/Seluar

Beg duit/Tali Pinggang

Al-Quran Biasa/Digital

Sejadah

Jam Tangan

Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi

Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada PasanganTip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan
Kredit foto: Pexels

Kasut

Buah-buahan

Kek/Kek Cawan

Coklat

Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Mas kahwin/Duit Hantaran

Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas

Tepak sirih

Al-Quran Biasa/Digital

Sejadah

Potpourri/Bunga Rampai

Jam tangan

Tip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada PasanganTip Pilih Barang Hantaran, Penting Barang Yang Diberi Berguna Pada Pasangan
Kredit foto: Pixabay

Kasut

Telekung

Beg Tangan

Set wangian /Barang mekap

Buah-buhan

Kek/Kek Cawan/ Coklat

Kredit foto (top image): Freepik

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link