Hartanah

Rahsia Memancing Ikan Limbat – Umpan

Rahsia Memancing Ikan Limbat – Umpan

rumahkabin black

 

Kalau nak pancing keli limbat ni kena hati kering sikit. Sebabnya, untuk memancing spesies ini dalam kuantiti yang banyak, kenalah memancing pada waktu malam. Paling berkesan pada waktu malam bulan gelap.

 

Cara memancingnya lebih seronok jika menggunakan teknik dulu-dulu. Tak perlu guna joran dan kekili. Cari pelepah sawit muda yang agak lembut sikit (batang buluh kecil atau joran teleskopik pun boleh). Panjang 1 depa setengah atau ikut kesesuaiaan korang.

 

Rahsia Memancing Ikan LimbatRahsia Memancing Ikan Limbat

 

Panjang tangsi dalam sedepa (jangan terlebih panjang melebihi joran). Kemudian guna batu ladung kepit dan kepit lebih kurang sejengkal dari mata kail. Sebenarnya tali pancing tu jangan panjang sangat. Kalau orang dewasa lebih kurang setengah depa je.

 

Tapi saya lebih suka tali pendek sebab bila ikan bawak lari umpan tak terasa ikan tu merempit… macam tak mencabar. Selalunya kalau tali panjang bila ikan tu merempit dia akan masuk kat mana-mana celah kayu atau pelepah sawit dalam air.  Kat situlah cabarannya dan kenalah pandai control. Umpan biasanya guna cacing tanah je.

 

Rahsia Memancing Ikan LimbatRahsia Memancing Ikan Limbat

 

Lubuk paling mudah untuk cari limbat ialah parit-parit tanah gambut yang biasanya terdapat di kawasan estet atau ladang kelapa sawit. Jika memancing bersama rakan, sebaiknya jarak antara pemancing sekurang-kurangnya 20-30 kaki. Part inilah kena hati kering sikit sebab waktu malam. Kalau takut duduk jauh-jauh, rapat-rapat pun boleh tapi kuranglah hasilnya.

 

Masukkan mata kail dalam air kemudian kocak air parit dengan hujung joran. Kocak dalam 5 saat kemudian berhenti 3 saat, kemudian kocak dan begitulah seterusnya sehingga umpan kena ngap. Kalau malas kocak, korang henjut sikit-sikit hujung joran bagi umpan turun naik.

See also  Tip Masak Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Buat

 

Rahsia Memancing Ikan LimbatRahsia Memancing Ikan Limbat

 

Cara kocak joran pun ada caranya juga. Celupkan hujung joran tu lebih kurang setengah jengkal dalam air, dan jangan kocak air tu kuat sangat. Sedang-sedang je. Kalau nak kocak kuat-kuat pun boleh tapi cepat letihlah

 

Hasilnya kalau tempat tu banyak limbat memang ralit dibuatnya. Hilang semua rasa seram sejuk. Kena elok saiz yang bagak-bagak pun boleh keluar. Biasanya kalau dapat saiz yang 2-3 jari ke atas tu saya akan lepas balik sebab dah tua… dah tak sedap rasanya.

 

Rahsia Memancing Ikan LimbatRahsia Memancing Ikan Limbat

 

Kalau memancing di dalam sawah padi, tali air atau parit yang ada titi berkolong, cuba pancing depan muka kolong tu time malam. Biasanya pasti ada cuma banyak tak banyak je.

 

Kalau malas atau takut nak pancing waktu malam gelap tapi teringin nak makan keli limbat ni, buat tajur dan pasang banyak-banyak. Tinggal dan pergi tengok selepas subuh. Kalau dah rezeki tu tak ke mana…. itupun kalau tak kena makan dgn kengkawan dia. Selalunya seekor dua mesti tinggal kepala je.

 

Rahsia Memancing Ikan LimbatRahsia Memancing Ikan Limbat

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link