Hartanah

Mengenal Tenggiri Paling King – Umpan

Mengenal Tenggiri Paling King – Umpan

rumahkabin black

 

Nama saintifik: Scomberomorus commerson

Nama global: Narrow-barred Spanish mackerel, king mackerel

Nama tempatan: Tenggiri, tenggiri batang, tohok, dengkeh

Ciri fizikal: Tidak bersisik, badan silinder memanjang, ekor tirus bercabang

Diet: Ikan pelagik, sotong, udang

Habitat: Luar pantai hingga laut dalam

Taburan: Indo-Pasifik hingga melalui Terusan Suez, Australia hingga China

Domestik: Keseluruhan Semenanjung hingga Laut Sulu

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Sebut saja tenggiri, rasanya ramai pemancing yang sudah kenal dengan bentuk, nama dan tidak kurang rasa ikan ini. Kebanyakan dari pemancing dan pengemar tenggiri lebih tertumpu kepada salah satu dari beberapa jenis tenggiri yang ditemui di perairan negara.

 

Nama-nama seperti tenggiri musang atau Korean seerfish (Scomberomorus koreanus), tenggiri papan atau spotted mackerel (Scomberomorus guttatus), tenggiri aya atau double line mackerel (Grammatorcynus bilineatus) jarang didengari berbanding tenggiri batang atau Spannish / king mackerel yang difokuskan dalam info spesies kali ini.

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Pendapat yang menyatakan jenis tenggiri boleh dikenal pasti setelah mencecah berat 8 kg ke atas tidak boleh diterima (pendapat peribadi) kerana perbezaannya jelas ketara sewaktu kecil terutama kombinasi jalur pada badan.

 

Tenggiri batang paling banyak ditemui di pasaran tempatan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ia berkepala tirus bermuncung panjang, dibarisi gigi tiga segi menirus dan tajam dengan kadar saiz 1 nisbah 5 panjang keseluruhan badannya yang berbentuk silinder.

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Ekor tirus bercabang dan berkemampuan menujah pecutan renangan mendahului kelajuan pemancing menggulung tali ke gelendung kekili. Badan berwarna kehijauan di atas dan keputihan di bawah hingga ke perut dengan jalur hitam yang melintang pada badan. Warna kehijauan akan pudar apabila ia mati.

 

Tenggiri batang boleh memanjang sehingga 2 meter lebih (7 kaki) dan saiz yang lumrah dipancing sekitar 1 hingga 4 kaki. Ikan betina dikatakan matang apabila mencapai panjang 70 cm manakala jantan ialah 65 cm.

See also  Tempoh Loan Kereta 5,7 Atau 9 Tahun - Mana Paling Baik Untuk Anda?

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Habitat Dan Sifat

 

Tenggiri batang boleh dikelaskan sebagai ikan pelagik yang mana kebanyakan masanya dihabiskan berada di permukaan dan sub permukaan air pada waktu saing hari dan merayau di pertengahan dan dasar pada malam hari.

 

Tenggiri jarang mendiami satu-satu kawasan dan sering merayau di kawasan pemburuan dari kedalaman 5meter hingga 200 meter. Namun ia lebih tertumpu di kawasan perairn cetek yang mempunyai kedalaman purata 30 meter.

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Kawasan tumpuan Tenggiri merayau di mana terdapat sumber makanan atau mangsa buruan bermain. Pergerakannya dikaitkan dengan peredaran monsun dan arus laut yang membawa bersama kumpulan ikan-ikan pelagik yang bergerak secara berkumpulan.

 

Dengan berkumpulan tenggiri mampu memerangkap kumpulan mangsa dengan mudah. Pemburuan utama tenggiri adalah di kawasan unjam laut, kawasan terumbu karang, tukun, pulau dan tengah laut. Ia jarang rapat ke kawasan persisir pantai seperti mana sifat alu-alu.

 

Mengenal Tenggiri Paling KingMengenal Tenggiri Paling King

 

Sifat ikan yang pantas berenang ini sering mendahului kelajuan gulungan tali pancing boleh mengundang putusnya tali utama atau perambut. Oleh itu jangan mengadu letih mengarau jika tidak ingin ikan dan gewang anda terlepas begitu saja.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link