Pelaburan

#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan

#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan

rumahkabin black

Di saat kita bergembira masih ada yang berduka. Itulah antara contoh bait lirik lagu-lagu Raya yang sering kita dengar. Walaupun bulan Ramada baru sahaja memasuki minggu pertama namun sudah banyak kerja-kerja amal yang sedang giat dijalankan dan dirancang oleh pelbagai pihak.

Begitu juga dengan #ProjekBajuRaya yang digerakkan oleh Grup Sinar Karangkraf. Bersempena ketibaan Syawal pada tahun ini, Kumpulan Karangkraf menggerakkan misi ini bagi menyerikan kemeriahan Hari Raya buat golongan tidak berkemampuan.

#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin yang berkata, melalui projek berkenaan, pihaknya mengumpul pakaian terpakai yang masih elok dan baharu untuk didermakan kepada golongan asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya.

#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang pakaian seperti baju kurung, baju Melayu, kurta, tudung dan baju kanak-kanak untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Baju raya tahun lepas pun boleh diberikan.

“Sumbangan baju-baju berkenaan boleh dibawa ketika berlangsungnya Iftar ala Madinah @Karangkraf dan letak di dalam kotak derma yang disediakan di booth Sinar Harian mulai sekarang sehingga 14 April. Bermula 18 April, kita akan mula agihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan,” jelasnya baru-baru ini.

Selain itu, baucar tunai Grup Buku Karangkraf bernilai RM10 juga turut menanti kepada setiap penyumbang.

“Baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli barangan di Karangkraf Mall,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Nik Justin juga menyatakan mana-mana individu tang berniat untuk melakukan sumbangan diharap dapat menderma atau memberi baju raya yang masih dalam kondisi yang baik.

#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan#ProjekBajuRaya Sinar Bawa Misi Kegembiraan Buat Golongan Tidak Berkemampuan

“Bayangkan kalau baju diterima sudah rosak, apa perasaan mereka. Jadi saya mohon kerjasama semua agar dapat membuat penilaian baju sebelum ingin menyumbang,” katanya.

See also  Buat Ikan Rebus Cara Orang Tua Dulu, Sedap Digoreng & Tahan Lama. Nak Kukus Pun Boleh

Jadi buat anda yang mungkin masih simpan baju raya dua atau tiga tahun lalu yang jarang dipakai atau hanya dipakai dua atau tiga kali, bolehlah membuat sumbangan.

Ingatlah setiap sumbangan anda di belakangnya akan diterima oleh mereka yang akan menghargainya. Jadikan Hari Raya mereka lebih meriah dan bermakna!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link