Nama “Mentega Terbang” mungkin asalnya “Butter-Fly” yang diterjemah secara perkata. Sepertimana rama-rama, Aisyah melalui metamorphosis. Emosinya terguncang bila melihat ibunya sakit sampai menemui ajal. Aisyah yang fitrahnya beragama Islam, mula mempersoalkan keyakinannya.
Ada beberapa benda boleh kita kupas:
(1) Pluralisme Agama, seperti mempercayai konsep dalam agama lain.
Aisyah santai je baca Bible, kitab suci agama Kristian kat meja makan. Ending cerita pulak, macam nak tunjuk yang Aisyah terima reinkarnasi, konsep kehidupan semula di dunia. Fahaman ni ada dalam agama Hindu, Buddha dan Sikh. Senyuman Aisyah pada rama-rama tu penuh makna. Macam nak kata ibu dia dah dilahirkan sebagai rama-rama atau ikut keyakinan adat lama, roh orang mati jadi rama-rama. Walaupun nampak menarik pasal keyakinan boleh dipilih sesuka hati ikut mana yang berkenan. Macam pilih ikan kat pasar. Sebenarnya cara fikir ni salah. Apa pun yang jutaan manusia fikir dengan pemikiran yang berbeza, kebenaran itu hanya satu. Jadi, keyakinan agama yang benar satu sahaja. Tak boleh campur aduk Kristian, Hindu, Buddha dengan Islam. Lagipun, setiap agama tu ada keyakinan tersendiri yang saling bertentangan. Daripada adik Aisyah buka Bible, lagi elok la buka Al-Quran.
Dr Ramadhan Buthi ada kritik Pluralisme Agama dalam kitabnya Kubra Yakiniat. Akidah yang benar tidak mungkin berbilang dan berlainan. Dalam kitab ni al-Buthi menolak ideologi yang mencampuradukkan agama. Kalau ajaran sesat, selalu diorang gabungkan Yahudi, Kristian dan Islam jadi satu agama. Macam yang ajaran sesat Bahai dan Millah Ibrahim percaya dalam akidah diorang. Katanya semua agama tu menyembah Tuhan yang sama. Fahaman ni salah pasal setiap agama, mempercayai Tuhan dan ajaran tersendiri. Mana ada sama!
Begitu juga tiga agama Abrahamic iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Ketiga-tiga agama ini memperakui Nabi Ibrahim sebagai tokoh Nabi yang penting dalam risalah ketuhanan. Meskipun agama Yahudi ada Torah dan agama Kristian ada Bible, hanya agama Islam dengan kitab suci Al-Quran sahaja yang terjamin original secara sanad dan sejarah. Sekaligus mengiktiraf Islam dan orang Muslim sahaja yang benar sejak dahulu sehingga sekarang. Jadi maknanya Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa juga bukan orang Yahudi atau Kristian, tetapi orang Islam.
Allah sebut dalam al-Quran:
مَا كَانَ إِبۡرَ ٰهِیمُ یَهُودِیࣰّا وَلَا نَصۡرَانِیࣰّا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِیفࣰا مُّسۡلِمࣰا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِینَ﴿ ٦٧ ﴾
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. (Surah Ali Imran, Ayat 67)
(2) Bapak buat tak kisah akidah anak.
Salah satu scene yang paling mengesankan bila bapak dia macam tak kisah anaknya agama apa. Padahal, sepatutnya tugas membimbing ni, bapak yang ambil peranan. Bapak yang patutnya guide anak, kenapa mesti beragama Islam. Patutnya, bapaknya kena hayati pesanan pertama Luqman al-Hakim dalam Surah Luqman.
وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَـٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ یَعِظُهُۥ یَـٰبُنَیَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِیمࣱ﴿ ١٣ ﴾
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Surah Luqman, Ayat 13)
Lagipun, kalau bapaknya percaya betul dengan Islam dan pilih agama ni sepenuh hati, dia takkan sanggup anaknya masuk api neraka! Dah tu macam mana dia sanggup kalau anaknya murtad dan pilih agama lain. Kontradik betul cara dia fikir ni.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ قُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِیكُمۡ نَارࣰا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَیۡهَا مَلَـٰۤىِٕكَةٌ غِلَاظࣱ شِدَادࣱ لَّا یَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَاۤ أَمَرَهُمۡ وَیَفۡعَلُونَ مَا یُؤۡمَرُونَ﴿ ٦ ﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah At-Tahrim, Ayat 6)
(3) Trauma kehilangan ibu
Islam tak menafikan kemanusiaan. Satu sisi pandang yang perlu kita lihat ialah faktor emosi. Sebagai seorang remaja, Aisyah jadi sedih nak berhadapan pemergian ibunya. Instead of berdepan situasi ni dengan cara seorang muslim, Aisyah pilih konsep agama lain iaitu reinkarnasi. Ironik pasal Aisyah ingat dengan reinkarnasi tu dia akan jumpa lagi ibu dia. Padalah dalam ajaran agama yang percaya kepada reinkarnasi, ia bermaksud pusingan penderitaan di dunia. Seseorang hanya mencapai puncak bahagia bila dia keluar daripada pusingan reinkarnasi iaitu nirvana. Dalam Islam, tiada pusingan penderitaan macam ni. Ibu Aisyah tak perlu menderita lagi di dunia. Jika ibu Aisyah orang yang baik, tempatnya di syurga dengan nikmat-nikmat yang tidak dapat dibayangkan. Kan ini lebih menyenangkan berbanding pusingan penderitaan?
Lagi sekali, kat sini juga kegagalan bapa Aisyah. Patutnya, Aisyah dah diceritakan tentang kehidupan selepas mati dalam Islam. Apa yang membuatkan hidup ini berharga ialah kerana ia cuma satu kali. Bahkan dalam Islam, kematian bukanlah pengakhiran. Ibu Aisyah seorang muslim. Aisyah juga seorang muslim. Aisyah boleh bertemu lagi dengan ibunya selepas mati, dengan berjumpa semula di syurga.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source