Zaman sekarang ni, kalau tak ada aplikasi bank secara dalam talian, memang susah! Urusan seharian seperti nak bayar bil pun boleh jadi tergendala.
Tapi tak perlu nak risau! AmBank menyediakan kemudahan ini kepada orang ramai melalui AmOnline.
Belum ada akaun AmBank lagi? Jom buka akaun baharu di AmOnline secara dalam talian dan dapatkan Pulangan Tunai sebanyak RM15 dalam akaun anda! Cepat tau sebab ganjaran ni hanya untuk 50 penyertaan yang terawal saja.
Aplikasi AmOnline ni boleh permudahkan anda untuk lakukan pelbagai urusan secara dalam talian seperti perbankan harian, membeli-belah dan bermacam lagi.
Di samping tu, apabila anda rujuk ahli keluarga atau rakan anda untuk membuka akaun melalui Aplikasi AmOnline, anda berpeluang juga untuk mendapatkan Pulangan Tunai RM10 apabila mereka berjaya buka akaun. Kalau tak pun, kumpul saja 25 Entri untuk menangi hadiah hebat.
Dengan menggunakan aplikasi AmOnline ni, persiapan Raya anda pasti akan jadi lebih mudah, cepat dan terurus.
Bukan itu saja, anda akan turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan memanfaatkan beberapa perkhidmatan AmOnline terpilih. Antaranya-:
1.Buka akaun di aplikasi AmOnline
Masih belum ada akaun AmBank? Jangan risau, buka saja akaun AmBank menerusi aplikasi AmOnline saja tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan.
Apa yang menariknya, 50 penyertaan terawal yang membuka akaun baharu melalui AmOnline akan mendapat Pulangan Tunai berjumlah RM15.
2.DuitNow melalui nombor telefon
Nak mudah bagi duit Raya kat ahli keluarga atau mereka yang tersayang? Apa kata hantar saja e-Duit Raya dengan fungsi DuitNow melalui AmOnline dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
3.DuitNow QR Peer-2-Peer (P2P) dan bayaran DuitNow QR atas kaunter
DuitNow QR memang permudahkan anda untuk kirim atau terima wang dengan serta-merta daripada satu akaun ke akaun lain. Buat saja transaksi DuitNow QR P2P dan bayaran DuitNow QR atas kaunter pada bila-bila masa, di mana jua anda berada!
4.Pembayaran Pembiayaan dan Kad Kredit
Selain daripada itu, anda juga boleh buat bayaran pembiayaan ke dalam mana-mana akaun AmBank, AmBank Islamic, Kad Kredit AmBank, atau Kad Kredit-i AmBank Islamic dengan selamat serta mudah, tanpa tunai!
5.Bayar Bil dan Tambah Nilai
Memang banyak manfaatnya mendaftar dan buka akaun melalui AmOnline ni sebab mudah nak tambah nilai telefon serta bayar bil setiap bulan dengan kaedah JomPay.
Apa yang lebih menarik, anda hanya perlu buat transaksi dengan nilai minimum RM5 untuk setiap perkhidmatan terpilih bagi merebut peluang memenangi hadiah utama dan Pulangan Tunai setiap jam. Memang berbaloi betul!
Mesti anda tertanya-tanya apakah hadiah menarik yang bakal menanti apabila menggunakan perkhidmatan terpilih AmOnline ni kan?
Haaa, pelanggan baharu dan sedia ada akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit Samsung Galaxy Z Fold4 atau Samsung Galaxy A54 terkini yang merupakan hadiah utama di sepanjang tempoh kempen ini.
Masih belum ada akaun AmBank lagi? Jangan risau, buka saja Akaun Semasa atau Akaun Simpanan melalui AmOnline dan lepas tu nikmatilah hadiah terjamin berjumlah RM15.
Bagi mana-mana yang memang dah ada akaun tu, anda pun ada habuan! RM10 Pulangan Tunai menanti ada untuk setiap rujukan yang berjaya.
Yang pentingnya, teruslah menggunakan perkhidmatan yang terdapat melalui AmOnline untuk merebut ganjaran Pulangan Tunai yang disediakan.
Apa yang lebih mengujakan, anda juga boleh menjadi pelanggan yang bertuah untuk mendapatkan Pulangan Tunai RM5 setiap jam.
Hanya gunakan perkhidmatan AmOnline yang terpilih sebagai inisiatif untuk mendapatkan ganjaran hebat ini!
Jadi, tunggu apa lagi? Dengar pun dah seronok kan? Jom ambil bahagian sekarang juga sebelum kempen Senang Menang Raya ni tamat pada 31 Mei 2023.
Untuk maklumat lanjut, layarilah laman sesawang AmBank di sini
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source