Agak-agak berapa lama sudah kamu tidak pergi ke klinik pergigian untuk lakukan pemeriksaan gigi secara berkala?
Bagi sesetengah orang, mereka menganggap pemeriksaan gigi ini hanya perlu dilakukan sekiranya mengalami kesakitan seperti gigi berlubang, pembengkakan gusi dan lain-lain lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini 7 Punca Kenapa Gigi Berlubang, Sakitnya Boleh Buat Penderitanya Hilang Mood Berhari-Hari
Sebenarnya salah jika kamu mempunyai pemikiran seperti itu. Kamu sepatutnya perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala seperti scalling gigi sebanyak 6 bulan sekali untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Scalling gigi ini sangat penting untuk kamu lakukannya selain mencegah tanda-tanda kerosakan gigi dan gusi, ada beberapa manfaat lain yang kamu perlu tahu.
Tapi korang tahu tak, tentang kewujudan servis scaling yang disediakan oleh KKM yang jauh lebih murah dan mudah diakses.
Menerusi perkongsian akaun Twitter @alenawhz, beliau telah berkongsi cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera. Menariknya, semua proses ini hanya memakan masa sekitar 30 minit sahaja.
Tambahan pula, anda boleh juga mencari klinik kerajaan berdekatan untuk melakukan scaling tersebut. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera
1. Pertama sekali, anda perlu melakukan temujanji menerusi aplikasi MySejahtera. Pergi pada halaman utama dan klik ikon Appointment.
2. Kemudian, klik pada nama anda dan skrol sehingga bawah dan tekan Dental Check Up.
3. Selepas itu, masukan poskod atau nama lokasi pada ruangan yang disediakan dan tekan Search. Jika anda tidak melihat sebarang paparan lokasi, anda perlu bersabar dan menyemak semula pada waktu lain untuk mendapatkan slot untuk rawatan.
4. Setelah dipaparkan lokasi klinik pergigian yang tersedia, pilih masa slot yang tersedia.
5. Akhir sekali, klik untuk membuat temujanji dan sahkan menerusi Confirm.
Anda juga diminta untuk tiba ke lokasi klinik pergigian lebih awal sewaktu temujanji agar semua proses berjalan lancar. Lanjut terus ke kaunter untuk membuat membayar RM1 untuk pendaftaran dan kemudian RM2 pula untuk perkhidmatan perubatan kesihatan pergigian.
Dalam masa 30 minit, beliau mendapatkan rawatan dan juga sempat menerima nasihat daripada doktor yang bertugas. Beliau sangat berpuas hati kerana segala proses sangatlah pantas dan lebih penting lagi layanan yang diterima sangat baik.
Kebaikan Lakukan Scalling Gigi
Scalling gigi sebenarnya memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan badan dan juga mulut. Antaranya ialah:
- Buang Karang Gigi
- Elakkan Penyakit Gusi
- Elakkan Perubahan Warna Gigi
- Bersihkan Sisa Makanan Pada Gigi
Kesan Jika Tak Lakukan Scalling Gigi
Jika kamu cuba mengelak daripada tidak melakukan scalling gigi, ini adalah beberapa kesan yang boleh dihadapi oleh kamu:
Masalah Gigi
Sudah semestinya apabila kamu mempunyai karang gigi yang tidak dibersihkan, ianya akan menjadi tempat pembiakan bakteria secara berleluasa. Ketika bakteria mula membiak, ia akan menghasilkan gas sulfur yang membuatkan seseorang itu mengeluarkan nafas mulut yang berbau (halitosis). Dalam pada masa yang sama, asid yang dikeluarkan oleh bakteria tersebut boleh membuatkan gigi menjadi berlubang.
Keradangan Gusi
Keradangan gusi atau gingivitis adalah satu situasi di mana karang gigi menjadi keras. Apabila situasi ini terjadi, ia akan membuatkan gusi menjadi meradang, bengkak dan mudah berdarah terutamanya ketika memberus gigi.
Diserang Penyakit Jantung
Siapa sangka hanya disebabkan oleh karang gigi sahaja kamu boleh diserang dengan penyakit jantung? Untuk pengetahuan kamu, bakteria yang menyebabkan periodontitis dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Ini kerana bakteria yang terdapat pada karang gigi boleh menjangkiti tisu sokongan gigi dan mula ‘bergerak’ secara menyeluruh di seluruh badan melalui aliran darah di mana ianya boleh mempengaruhi injap jantung.
Walaupun scalling gigi ini nampak menyakitkan dan meremehkan bagi sesetengah individu, tetapi pemeriksaan ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kita dalam menjaga kesihatan gigi dalam tempoh yang panjang.
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI : “Fake Veneer Ini Ibarat Lantai Berlumut”, Doktor Ini Jelas Risiko Putihkan Gigi
SUMBER : Twitter @alenawhz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source