Sepenuhnya ditulis oleh Liu Zhi 刘智 (1669-1764), seorang sarjana Hui Muslim di zaman Dinasti Qing. Dikatakan beliau mendapat ilham untuk menerbitkan kitab sirah selepas menziarahi makam Konfucius di Qufu, Provinsi Shandong.
Semasa mengunjungi perpustakaan keluarga Sai 赛 di Zhuxianzhen 朱仙镇, provinsi Henan, Liu Zhi berpeluang merujuk kitab-kitab Parsi untuk menulis Sīrah Nabawiyyah ini.
Beliau menamakan Sīrah ini Zhisheng Shilu 至圣实录 yang bermaksud ‘Rekod Sahih Pendeta Agung’. Istilah Shilu 实录 hanya digunakan pada rekod-rekod diraja seperti Ming Shilu 明实录.
Kitab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian:
Bab pertama hingga ke-3:
• meriwayatkan salasilah keturunan Rasulullah (saw), adat tempatan baginda, dan senarai isi kandungan.
Bab ke-4 hingga 18:
• meriwayatkan kisah-kisah perjalanan hidup Rasulullah (saw), kemuliaan akhlaknya dan proses pembentukan ajaran Islam.
Bab ke-19:
• meriwayatkan sejarah, geografi, sosial, budaya negara-negara dan rantau-rantau majoriti Muslim di Asia Tengah, Asia Barat dan Afrika Utara. Lampirannya memaparkan catatan-catatan Cina termasuk kisah pelayaran Laksamana Zheng He dan batu-batu bersurat masjid China terhadap hubungan China dengan Muslim, pandangan terhadap Islām dan sajak pujian terhadap Rasulullah (saw) oleh para Maharaja Dinasti Ming dan Qing.
Bersesuaian dengan sistem kronologi rekod diraja, setiap peristiwa penting diiringi tarikhnya mengikut tafsiran pengiraan Liu Zhi:
• Keputeraan Muhammad (saw) jatuh pada senja 12 RabiʿulʾAwwal bersamaan dengan kalendar Cina malam 13 haribulan 11, tahun
[Tarikh moden: Jumaat 21 Disember 546M]
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
• Pengisytiharan Muhammad (saw) sebagai Rasulullah jatuh pada 12 RabīʿulʾAwwal bersamaan dengan kalendar Cina 13 haribulan 8, tahun ke-6 Kaihuang, zaman Maharaja Wen Dinasti Sui.
[Tarikh moden: Ahad 1 September 586M]
• Pembukaan Kota Makkah jatuh pada bulan Ramadan tahun 7 Hijrah bersamaan dengan kalendar Cina bulan 7, tahun ke-2 Linde, zaman Maharaja Gaozong Dinasti Tang.
[Tarikh moden: Ogos/September 665M]
Mungkin buat pertama kali juga, nama-nama sahabat Rasulullah (saw) ditransliterasikan ke dalam Bahasa Cina, seperti Khadijah dieja Hèdǐ’chè 赫底彻.
Yang menariknya dalam manuskrip bersejarah ini, kisah Nabi mengutuskan Saaʿd ibn Abi Waqqas dan 4 sahabat lain pergi menghadap Maharaja China untuk menyampaikan risalah Islam dijumpai dalam kronologi bertarikh tahun 2 selepas Allah melantik Nabi, bersamaan dengan tahun ke-7 Kaihuang, zaman Maharaja Wen Dinasti Sui yakni tahun 587M. Dilihat daripada sudut gaya bahasanya, China dieja Chìní 赤尼.
Sebutan ini berasal daripada Bahasa Parsi Pertengahan iaitu Chīnī چین, manakala nama Saaʿd dieja Sài’ěrdì Wògē’shì 赛尔弟斡歌士.
Sungguhpun Sirah ini terdapat banyak kesilapan fakta, namun tidak dinafikan ia adalah suatu usaha Dakwah penting di bumi naga. Malah, keindahan gaya bahasa Liu Zhi dalam meriwayatkan perjalanan hidup Rasulullah (saw) menarik minat Maharaja Qianlong, yang kemudian berkenan menurunkan cap diraja Yùlǎn (御览, yakni “telah dibaca dengan perkenan Maharaja”).
Oleh: Azizul Farhan
…
Nak lagi kisah-kisah budaya Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli dengan diskaun menarik di PBAKL. Kalau tak berkesempatan boleh dapatkan di: https://bit.ly/kitabtamaduncina
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source